Kegani Racing Academy lancar perlumbaan Skildrvn Swift Pro-cup 2026 – siri pro dengan kos lebih rendah

Kegani Racing Academy lancar perlumbaan Skildrvn Swift Pro-cup 2026 – siri pro dengan kos lebih rendah

Selepas berjaya menganjurkan musim kedua Skildrvn One Make Race (OMR) Series tahun lalu, Kegani Racing Academy (KRA) mengumumkan bahawa siri perlumbaan tersebut akan diteruskan, dan ia akan ditambah dengan siri Skildrvn Swift Pro-cup, iaitu satu lagi kejuaraan ‘one make’ yang akan berjalan bersama menggunakan Suzuki Swift, berstatus kejuaraan nasional dan akan berlangsung sebanyak lima pusingan.

Perlumbaan Skildrvn Swift Pro-cup ini bukan sahaja memberikan peluang-peluang baharu untuk bakat-bakat muda yang dicungkil dari siri OMR, malah ia turut membuka peluang kepada jenama-jenama yang berminat untuk mempunyai pasukan lumba sendiri, dengan kos yang lebih rendah.

Bagi melayakkan seseorang pelumba itu menyertai Pro-Cup ini, dia terlebih dahulu perlu menyertai Program Pembangunan Pemandu Skildrvn (DDP), dan menamatkan tiga pusingan perlumbaan siri Swift OMR terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, pelumba berkenaan perlu membina profil masing-masing dengan kemenangan atau memperolehi mata perlumbaan dalam perlumbaan OMR tersebut bagi membolehkan mereka dipilih oleh pasukan-pasukan profesional. Pemilihan tersebut akan berlangsung pada Januari 2026.

“KRA memainkan peranan untuk mencipta siri sambungan untuk memberi bakat cemerlang lebih banyak peluang perlumbaan selepas tamat pengajian. Anda boleh sifatkan ini sebagai cawangan baharu dalam ekosistem sukan permotoran Malaysia yang menawarkan perlumbaan pada kos yang lebih rendah dan lebih mampan.

“Walaupun perlumbaan kereta model lama, Skildrvn Swift Pro-cup menjanjikan untuk menyajikan perlumbaan sengit, cara perlumbaan yang baik dan menggambarkan pasukan yang profesional. Pada masa yang sama, siri ini turut membolehkan pelbagai jenama untuk secara langsung terlibat dalam perlumbaan dengan kaedah yang lebih kos efektif dengan memiliki pasukan sendiri,” kata Prinsipal dan Ketua jurulatih KRA Kenny Lee.

Penyertaan Skildrvn Swift Pro-Cup ini hanya dibuka eksklusif hanya kepada 10 pasukan sahaja. Untuk musim 2026 setiap pasukan hanya dibenarkan untuk menggunakan satu kereta sahaja, dan ia akan meningkat kepada dua kereta setiap pasukan bagi musim-musim seterusnya. Tiga pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka untuk siri ini untuk musim 2026 iaitu Team Bendix Malaysia, Team Profimax and Team Ultra Racing.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required