Perkhidmatan KTM ETS3 ke Kluang bakal beroperasi pada 30 Ogos 2025, tempahan tiket kini dibuka

Perkhidmatan KTM ETS3 ke Kluang bakal beroperasi pada 30 Ogos 2025, tempahan tiket kini dibuka

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) ke Kluang, Johor, akan memulakan operasinya pada 30 Ogos 2025. Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Peluncuran Khas Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur kelmarin.

Majlis peluncuran khas anjuran Kementerian Pengangkutan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyaksikan Seri Paduka Baginda memandu sendiri tren khas sejauh 284 kilometer menuju ke Stesen Kluang. Pemanduan berkenaan mengambil masa selama 3 jam 27 minit secara keseluruhan.

Sebaik berangkat di Stesen Kluang, Seri Paduka Baginda turut berkenan menyempurnakan majlis perasmian Laman Rel Mahkota di Kluang. Laman Rel Mahkota merupakan mercu tanda baharu Kluang yang menampilkan sebuah laman awam ikonik sepanjang 2.8 kilometer yang disumbangkan oleh kontraktor utama tempatan untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.

Stesen Kluang seluas 7,760.48 meter persegi dilengkapi pelbagai kemudahan moden demi keselesaan penumpang termasuk dua platform untuk kelancaran perjalanan, dua lif dan dua eskalator bagi kemudahan semua golongan, 63 petak parkir motosikal dan 110 petak parkir kereta, dua petak khas untuk kereta OKU, surau dan tandas awam.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tempahan tiket bagi ETS3 sudah boleh dibeli menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS), kios dan laman web rasmi KTMB.

KTMB sebelum ini berkata, pihaknya bakal memiliki 10 unit ETS3 yang beroperasi menjelang awal 2026 dengan dua unit daripadanya akan beroperasi terlebih dahulu. Manakala selebihnya sedang dipasang secara berperingkat di kilang China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) di Batu Gajah. Menjelang akhir 2025, ETS3 dijangka akan melanjutkan perjalanan sehingga ke selatan di Johor Bahru Sentral sekaligus melengkapkan jajahan Laluan Pantai Barat.

Pada 19 Ogos lalu, Sultan Ibrahim berkenan memandu ETS yang melibatkan perjalanan selama sejam secara keseluruhan antara Kuala Lumpur-Rawang-Kuala Lumpur.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required