Sejak 1 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melaksanakan uji cuba penutupan belok kanan dari Jalan Kerinchi ke Jalan Kerinchi Kiri 3 yang melibatkan Persimpangan SMK Seri Pantai dan RHB Bank. Ujian ini hanya dilakukan pada setiap Isnin hingga Jumaat sahaja, iaitu dari jam 5 petang hingga 7 malam.
Menurut DBKL, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pada waktu puncak petang berhampiran sekolah dan pusat perniagaan di sepanjang Jalan Kerinchi.
Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengguna yang ingin membelok ke Jalan Kerinchi 3 perlu membuat pusingan di hadapan dengan membelok kanan ke Jalan Kerinchi Kiri 1, belok kanan Jalan Kerinchi Kiri dan membelok kiri ke Jalan Kerinchi sebelum membelok ke kiri Jalan Kerinchi Kiri 3 (persimpangan SMK Seri Pantai/RHB Bank).
DBKL turut menyiarkan peta laluan (gambarajah di atas) dengan laluan trafik baharu yang ditanda dengan anak panah merah untuk membantu pengguna laluan berkenaan. Ia menambah bahawa sebarang pertanyaan atau bantahan mengenai penutupan laluan berkenaan boleh dibuat menerusi e-mel [email protected].
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.