RON95 berharga RM1.99/L untuk rakyat Malaysia mulai 30 Sept; Polis/ATM 27 Sept, penerima STR 28 Sept

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bermula 30 September 2025, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu petrol RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.

Walau bagaimana pun, katanya, manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.

“Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu. Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan Madani dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah.

“Semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati subsidi RON95 ini. Semua rakyat yang berkelayakan bakal menerima kuota sebanyak 300 liter petrol RON95 sebulan. Manakala pemandu e-hailing akan terus menikmati kadar rata sepanjang masa,” katanya yang mengumumkan berita itu pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, pagi ini.

RON95 berharga RM1.99/L untuk rakyat Malaysia mulai 30 Sept; Polis/ATM 27 Sept, penerima STR 28 Sept

Manakala golongan bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak untuk subsidi dan perlu membayar harga tanpa subsidi iaitu sekitar RM2.60 seliter, tambahnya.

Penyasaran subsidi RON95 ini adalah di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) di mana kerajaan menepati janji mengurangkan harga RON95 untuk rakyat Malaysia, daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter.

Menerusi pengumuman ini juga, Anwar menyatakan bahawa warganegara berpeluang menikmati subsidi RON95 tanpa mengambil kira pendapatan di mana kerajaan memutuskan semua rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak untuk menerima subsidi ini.

“Seperti langkah penghargaan SARA, tahap pendapatan tidak digunakan untuk menidakkan seseorang daripada menikmati manfaat BUDI95,” katanya.

RON95 berharga RM1.99/L untuk rakyat Malaysia mulai 30 Sept; Polis/ATM 27 Sept, penerima STR 28 Sept

Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dianggarkan lebih 16 juta penerima manfaat BUDI95. Justeru, rakyat dinasihati semak cip MyKad supaya berfungsi dan memiliki lesen memandu yang sah.

Manakala bagi proses untuk memanfaatkan harga subsidi dimudah cara iaitu tiada pendaftaran diperlukan untuk BUDI95, hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapat harga bersubsidi di mana ia hampir serupa dengan proses transaksi semasa cuma ditambah satu langkah pengesahan MyKad diikuti proses biasa untuk membayar dan disediakan pembaca MyKad di dalam kedai dan juga dipam minyak bagi mengurangkan risiko kesesakan.

Bagi mereka yang celik digital, terdapat opsyen digital seperti Touch’N Go dan aplikasi syarikat minyak seperti Setel, supaya tidak memerlukan MyKad pada setiap transaksi.

Perincian lanjut berhubung mekanisme penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required