Budi95: 150,000 rakyat Malaysia yang layak dapat subsidi RON95 belum kemaskini lesen memandu

Budi95: 150,000 rakyat Malaysia yang layak dapat subsidi RON95 belum kemaskini lesen memandu

Kementerian Pengangkutan berkata lebih kurang 150,000 individu atau 0.88% daripada hampir 17 juta rakyat Malaysia yang layak di bawah Program Budi Madani RON95 (Budi95) masih belum mengemaskini maklumat Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan tidak membekalkan nombor kad pengenalan diri baharu.

Menterinya, Anthony Loke berkata, perkara ini membabitkan pemegang LMM yang sebelum ini menggunakan dokumen pengenalan diri seperti nombor kad pengenalan lama, nombor Sijil Kelahiran Malaysia (SKM) dan nombor pengenalan diri tentera/polis.

Selain itu, mereka juga terdiri daripada pemegang LMM yang masih menggunakan Lesen Memandu Pasukan yang dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan belum memohon pertukaran kepada LMM serta pemegang LLM dengan nombor kad pengenalannya tidak tepat atau memerlukan semakan lanjut.

“Pemohon bagi tujuan mengemaskini maklumat mesti hadir secara fizikal di JPJ kerana proses ini memerlukan pengesahan cap jari. Kementerian Pengangkutan komited sepenuhnya untuk membantu semua warganegara Malaysia yang sah dalam kategori ini bagi membuat pengemaskinian data LLM.

Budi95: 150,000 rakyat Malaysia yang layak dapat subsidi RON95 belum kemaskini lesen memandu

“Data yang dikemaskini akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan pengesahan dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekiranya tiada sebarang isu berbangkit, maklumat individu itu akan terus dikemaskini dalam sistem Budi95,” katanya dalam sidang media mengenai Budi95 di kementeriannya hari ini.

Berita Harian pula melaporkan, Loke turut menggesa agar pesara tentera atau polis yang masih belum membuat pertukaran Lesen Memandu Pasukan kepada LMM juga diminta hadir ke pejabat JPJ berdekatan dan melaksanakan proses pertukaran sedia ada bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit, sekali gus dapat menikmati inisiatif Budi95.

Selain itu, katanya, daripada jumlah itu, hampir 70,000 individu yang masih menggunakan nombor kad pengendalan lama belum mengemaskini lesen memandu dengan nombor kad pengenalan 12 digit, menyebabkan sistem Budi95 tidak dapat mengenal pasti maklumat mereka.

“Individu ini, jika mereka ke pam minyak, tidak akan dapat harga subsidi, jadi sudah tentu akan rasa gelisah dan mempersoalkan kenapa mereka tidak layak. Sebenarnya bukan tidak layak tetapi mereka belum kemaskini berikutan isu kad pengenalan itu, jadi saya harap mereka jangan bimbang. Periksa dulu nombor kad pengenalan,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required