Kawasaki Z1100 2026 diperkenal – enjin empat silinder 1,099 cc, versi SE dapat suspensi Ohlins, brek Brembo

Kawasaki Z1100 2026 diperkenal – enjin empat silinder 1,099 cc, versi SE dapat suspensi Ohlins, brek Brembo

Kawasaki memperbaharui penawaran motosikal supernaked mereka dengan pengenalan Z1100 2026, yang kini menawarkan lebih kuasa dan pelbagai teknologi moden, sesuai untuk menetang seteru dalam segmennya. Dua versi diperkenalkan, iaitu Standard dan juga SE.

Perubahan pada penampilan model ini tidak begitu ketara dan ia masih lagi mengekalkan konsep Sugomi, sementara peningkatan utama berada di sebaliknya, iaitu enjin yang kini merupakan unit empat silinder sebaris 1,099 cc sama seperti Ninja 1100 SX, berkuasa 136 PS pada 9,000 rpm dan tork 136 Nm pada 7,600 rpm.

Transmisi adalah unit enam kelajuan dan ia datang terus dengan quickshifter dua hala, manakala di bahagian teknologi, dengan kehadiran IMU dan ride by wire, motosikal ini dapat disediakan dengan beberapa mod tunggangan, cruise control, Cornering ABS serta kawalan cengkaman.

Kawasaki Z1100 2026 diperkenal – enjin empat silinder 1,099 cc, versi SE dapat suspensi Ohlins, brek Brembo

Melengkapkan pakej elektroniknya adalah panel instrumen TFT lima inci, yang bukan sahaja boleh memaparkan informasi penting, tetapi juga disambung kepada aplikasi telefon pintar untuk menunjukkan arahan navigasi dan notifikasi mesej atau panggilan.

Z1100 versi Standard datang dengan suspensi Showa boleh laras, brek cakera berkembar 310 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera tunggal 260 mm dengan angkup satu piston di belakang, sementara versi SE pula dipertingkat dengan suspensi Ohlins dan brek daripada Brembo.

Berat keseluruhan Z1100 adalah 221 kg dan ia datang dengan tangki bahan api 17 liter. Di United Kingdom, model Standard dijual pada harga GBP11,099 (RM62,862), iaitu sekitar GBP1,300 (RM7,300) lebih rendah berbanding Ninja 1100 SX (GBP12,399/RM70k). Versi SE pula dijual pada harga GBP12,699 (RM71,924).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. You can also pay with instalment using Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required