Polis Klang Selatan memaklumkan bahawa hanya Jalan Istana di Bandar DiRaja Klang sahaja yang akan ditutup esok (2 Okt 2025) sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di Istana Alam Shah, Klang.
“Bagi memberi laluan kepada perarakan diRaja yang akan bermula dari Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz menuju ke Istana Alam Shah, Klang, pihak polis akan melaksanakan penutupan di Jalan Istana untuk semua kenderaan mulai jam 8 pagi hingga 10 pagi,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa.
Tambahnya, jalan-jalan lain di sekitar Klang tidak ditutup tetapi akan dikawal sepenuhnya oleh polis. Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati agar orang ramai tidak mempercayai sebarang notis atau maklumat yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab selain daripada maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh PDRM.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.