Belanjawan 2025

  • Belanjawan 2025: RM2.8 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan dan RM5.5 bilion dana MARRIS

    Belanjawan 2025: RM2.8 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan dan RM5.5 bilion dana MARRIS

    Belanjawan 2025 turut memberi tumpuan terhadap penyelenggaraan bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan akibat keadaan jalan yang tidak selamat.

    Sebanyak 2.8 bilion ringgit diperuntukkan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan. Ini melibatkan RM1 bilion untuk memperbaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan Felda dan jalan undustri. Selain itu, RM450 juta turut dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, melibatkan berbanding RM300 juta tahun ini.

    Untuk jalan negeri, sebanyak RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan. Kerja pembersihan jalan juga ditambah baik meliputi longkang, saliran air, bahu jalan dan persekitaran sehingga selamat digunakan. Kerajaan telah meluluskan perolehan sebuah jambatan sementara Bailey kepada semua kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2025 sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan terputus akibat bencana banjir.

    Belanjawan 2025: RM2.8 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan dan RM5.5 bilion dana MARRIS

    Sejumlah RM178 juta ringgit pula disedikan bagi memasang lampu-lampu jalan baru dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara. Tidak hanya itu, sejumlah RM30 juta disediakan untuk terus memanfaat peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.

    Dan yang terakhir, kerajaan bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.

     
     
  • Belanjawan 2025: Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) akan dimanfaatkan untuk bantu golongan susah

    Belanjawan 2025: Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) akan dimanfaatkan untuk bantu golongan susah

    Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan turut mendedahkan bahawa hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan untuk dimanfaatkan untuk membantu golongan rakyat yang susah.

    Tiga saluran yang dinyatakan itu termasuk salah satunya untuk program lesen percuma MyLesen yang akan memberi manfaat kepada 15,000 orang belia.

    Selain itu, pendapatan berkenaan juga akan digunakan untuk menampung kos tiket penerbangan bagi 60,000 mahasiswa dari Sabah dan Sarawak.

    Satu lagi saluran yang akan digunakan bagi pendapatan NPK adalah untuk mengedarkan 67,000 unit topi keledar secara percuma.

     
     
  • Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi bermula pertengahan tahun depan, tidak jejas 85% rakyat

    Belanjawan 2025: Penyasaran subsidi bermula pertengahan tahun depan, tidak jejas 85% rakyat

    Walaupun sebelum ini penyarasan subsidi bahan api petrol RON 95 dijangka akan diumumkan tahun ini, dalam Belanjawan 2025 yang sedang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesahkan langkah berkenaan hanya akan dijalan pada pertengahan tahun 2025.

    Tiada lagi tarikh tetap bila penyasaran itu akan dibuat, dan bagaimana ia akan dijalankan, namun Anwar memberitahu penyasaran subsidi ini hanya akan melibatkan golongan ‘mahakaya’ dan tidak akan menjejaskan 85% rakyat Malaysia.

    Penyasaran subsidi bagi bahan api diesel telah pun dilaksanakan bermula pada Jun lalu tetapi hanya untuk Semenanjung Malaysia. Ia menyaksikan diesel Euro 5 B10 dan B20 di Semenanjung naik harga sebanyak RM1.20, atau 56% daripada kadar dengan subsidi sebelumnya, RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter. Diesel Euro 5 B7 pula lebih mahal 20 sen daripada itu, dan dijual pada harga RM3.55 liter ketika itu.

    Namun harga diesel yang diapungkan tersebut kemudiannya turun mengikut harga semasa di mana diesel kini dijual pada harga RM2.95 seliter bagi B10 Euro 5 dan B20, manakala B7 Euro 5 pula dijual pada harga RM3.15 seliter.

    Kerajaan masih memberikan subsidi diesel untuk kenderaan komersil untuk industri terpilih menerusi sistem kad flit, manakala pemilik kenderaan diesel dengan pendapatan di bawah RM100,000 setahun menerima subsidi dalam bentuk wang tunai sebanyak RM200 sebulan.

    Seperti yang disebut tadi masih belum jelas bagaimana subsidi bagi petrol RON 95 ini akan diagihkan kelak, namun berdasarkan kenyataan bahawa hanya 15% rakyat yang tidak akan menerima subsidi ini, pemberian subsidi tersebut mungkin akan melibatkan pemilik kenderaan dengan pendapatan melebihi RM100,000 setahun.

    Buat masa sekarang harga RON 95 tanpa subsidi dijual pada harga RM2.76 seliter.

     
     
  • Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan

    Belanjawan 2025: Kemaskini secara langsung bagi hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan

    Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 hari ini. Kami akan memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan automotif dan sektor pengangkutan yang terangkum di dalamnya dan membawakan kemaskini semasa di sini.

    Antara topik yang dijangka akan disentuh ialah penyelarasan semula subsidi petrol RON 95, yang masih ditunggu perkembangan terbaru pelaksanaannya dan adakah ia akan sama seperti pendekatan ke atas diesel Jun lalu. Ini perkara paling utama.

    Ada juga penganalisa yang membayangkan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan ada kemungkinan itu berlaku bagi memperluaskan hasil cukai negara. Namun PM menegaskan tidak ada juga perancangan untuk pelaksanaan semula cukai tersebut dalam masa terdekat.

    Juga kemungkinan pengumuman berkaitan Cukai Barangan Mewah (HVGT), walaupun masih belum diketahui perinciannya secara tepat. Sebelum ini, cukai berkenaan sepatutnya mula dilaksanakan Mei lalu dengan had RM200,000 untuk kereta dengan kadar antara 5%-10%, namun itu ditangguhkan.

    Ikuti kemaskini secara langsung Belanjawan 2025 di sini.

    Senarai perkara terbabit adalah seperti berikut:

      Subsidi bersasar RON95

    • Kerajaan bakal melaksanakan subisidi bersasar bagi RON95 menjelang pertengahan 2025 dan tidak akan memberi kesan kepada 85% warga Malaysia. Pelaksanaan ini akan menjimatkan RM8 bilion perbelanjaan negara, dan kerajaan masih akan menanggung RM12 bilion subsidi bahan api itu.
    • Pendapatan jualan Nombor Plat Khas (NPK)

    • Hasil jualan Nombor Plat Khas (NPK) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan untuk menyalurkan bantuan tiga kelompok golongan susah: program MyLesen yang akan memanfaatkan 15,000 orang belia; tiket penerbangan untuk 60,000 mahasiswa Sabah, Sarawak; dan mengedarkan 67,000 unit helmet percuma.
    • MyDigital ID

    • Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal kerajaan yang akan turut digunakan untuk sebarang urusan JPJ, PADU dan juga LHDN.
    • Cukai EV

    • Tiada sebarang kenyataan berkaitan lanjutan cukai untuk EV yang bakal tamat pada 2025 nanti. Ini bermakna, pengecualian terbabit akan berakhir mengikut tempoh seperti dinyatakan sebelum ini. Bermula 2026, hanya EV CKD akan bebas cukai. Cukai jalan EV percuma juga akan berakhir pada 2025.
    • Penambahbaikan jalan raya

    • RM2.8 bilion ringgit disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, terdiri daripada RM1 bilion ringgit dikhaskan untuk segera membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan FELDA dan jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir.
    • RM450 juta dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat berbanding RM300 juta tahun ini.
    • Untuk jalan negeri, RM5.5 bilion dana MARRIS disediakan.
    • RM178 juta bagi memasang lampu-lampu jalan baru dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara.
    • RM30 juta untuk terus memanfaat peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.
    • Kerajaan bersetuju memasang High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.
     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 24, 2025