“Body-wrap” kenderaan persendirian – adakah ia sah, atau melanggar peraturan jalan raya di Malaysia?

proton-iriz-chrome-wrap-bm

Dunia permotoran, bagi sebahagian orang, adalah saluran untuk meluahkan kreativiti individu. Macam-macam perkara yang dibayangkan, dan banyak juga yang sudah pernah kita lihat di atas jalan raya negara ini, terutamanya terhadap kenderaan persendirian semata-mata untuk tampil berbeza daripada khalayak kebanyakan.

Antara yang kerap menjadi pilihan beberapa waktu kebelakangan ini ialah “body-wrap” atau pelekat yang meliputi seluruh badan yang kian banyak digunakan. Ada yang bertujuan untuk melindungi warna asal kenderaan, dan ada juga yang menggunakannya sebagai alternatif yang lebih mudah dan senang untuk menyalin warna kenderaan kepada warna baharu.

Sebahagiannya dalam satu warna sahaja, sebahagian lagi dengan pelbagai bentuk rekaan grafik. Ini juga boleh disekalikan dengan pelekat kesat (matte) atau warna kilau, dekorasi seni dengan teknik airbrush dan segala macam pendekatan-pendekatan yang berkaitan dalam hal ini.

Tetapi, bagaimana pula dari sudut peraturan lalu lintas di Malaysia, adakah perkara ini dibenarkan atau sebaliknya ia merupakan satu bentuk perlanggaran undang-undang sedia ada? Kami ajukan soalan ini kepada Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib untuk mengetahui tanggapan pihak berkuasa terhadap perkara ini.

“Pertama sekali yang perlu dinyatakan ialah; adakah kenderaan-kenderaan ini diisytiharkan (kepada JPJ) selepas ditukar warnanya? Setiap perubahan yang dilakukan terhadap mana-mana kenderaan perlu dilaporkan kepada JPJ yang terdekat dalam tempoh tujuh hari selepas sesuatu perubahan itu dilakukan. Jika ia diisytiharkan, tak jadi masalah untuk guna warna apa pun,” jelas beliau.

Bagaimana proses perisytiharan ini sebenarnya? Sangat mudah; pemilik perlu sediakan surat makluman pertukaran warna yang dilakukan (berserta geran asal kenderaan) dan bawa ke kaunter JPJ berdekatan untuk dimasukkan dalam rekod. Jika pemilik mewakilkan kepada orang lain untuk melakukannya, ia memerlukan satu lagi surat pemeriksaan. Lebih mudah sekiranya pemilik sendiri yang hadir ke JPJ.

Mercedes-Benz GLE Coupe multicolour wrap 8

Jika dekorasi yang dilakukan melibatkan banyak warna atau tona yang berbeza-beza, warna yang mana perlu diisytiharkan? Mana-mana warna dominan (warna utama secara keseluruhannya) yang meliputi 60 peratus daripada keseluruhan warna kenderaan semasa adalah dikira sebagai warna utamanya dan boleh direkodkan.

Itu sahaja yang perlu dilakukan, tidak kira seperti apa grafik atau perubahan warna yang dibuat. Sama juga sekiranya pemilik kerap menukar warna kenderaannya; setiap kali pernukaran warna dilakukan, setiap kali itu jugalah pemilik perlu memaklumkannya kepada pihak JPJ.

Bagaimana jika ini gagal dilakukan, apa pula kesannya? Menurut beliau, dalam hal ini, jika berlaku apa-apa, pemilik yang berada dalam kerugian dan bukannya orang lain. “Sebagai contoh, katakanlah kereta anda kena saman AES.

datuk-mohamad-dalib-jpj-bm-1

“Dan warna kereta yang disaman itu berbeza pula daripada dokumen sah dan rekod yang ada pada JPJ, maka pemilik hanya perlu tunggu saman sampai. Saman apa? Pertama, saman AES itu sendiri, dan kedua saman kerana menukar warna kenderaan tanpa kebenaran,” tambahnya.

Satu hal lagi, adalah berkaitan insurans. “Yang akan menjadi masalah lagi jika penukaran warna berkenaan tidak dimaklumkan walaupun sudah bertahun-tahun ditukar. Sekiranya kenderaan itu terlibat dalam kemalangan, dan selepas pemeriksaan pihak insurans mendapati warnanya berlainan daripada yang didalam rekod, sangat besar kemungkinan pihak insurans tidak akan mahu menanggung kerugian yang dialami pemilik.

“Mereka sebaliknya akan mendakwa bahawa kereta yang kemalangan itu bukan kereta yang sama seperti yang dilaporkan dan berlainan daripada rekod rasmi,” tambah beliau lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • William on Oct 13, 2016 at 11:29 am

    Ini mengumpamakan jikalau warna rambut sudah diwarnakan lepas anda membeli life insurans . Kemungkinan besar tidak akan dapat pembayaran dari institusi insurans apabila mengalami kemalangan kerana perbezaan warna rambut. Wajib?

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 1
    • Achern on Oct 14, 2016 at 6:05 am

      I d change my iswara colour from blue to red. Total lost in accident. My insurance still cover it.

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • mat dabong on Apr 15, 2017 at 6:14 am

    Pasal warna je pihak insuran dah tak kenal kereta yang mencarum insuran? Abis tu no casis, no plate, nama dalam geran tu hiasan je ke? Kalau aku tukar tayar insuran kenal lagi tak kereta aku?

    Like or Dislike: Thumb up 31 Thumb down 0
  • Aloya kuih lapis on Apr 15, 2017 at 2:08 pm

    Bab Insuran x kaver ni mmg x patut la… mcm la xdak nber plate/nber body/roadtax… alasan x kukuh..

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
  • pahlawan keyboard on May 05, 2017 at 6:46 pm

    kalo kereta tak habis bayar lagi, nak tunjuk geran macam mana? sapa2 tau??

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • geng JPJ on May 12, 2017 at 10:57 pm

      sekarang mana2 kereta yg masih hutang dgn bank boleh ambil geran ori mereka sendiri di bank, sekarang semua guna sistem komputer bank dah x simpan geran kita, boleh tanya sendiri dengan pihak bank untuk dapat balik geran kita, sy dah buat dua buah kereta saya satu dah 5 tahun dan satu lg baru setahun bila nak renew roadtax diorg trus bagi yg ori dan x perlu hantar balik ke bank.

      Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required