Ural sidecar diimport ke Malaysia – bermula RM80,000

Ural-Motorcycle-Sidecarhero-lg-4

Dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh Reed Motorcycle yang beroperasi di Kampung Baru, motosikal Ural ini diproduksi oleh syarikat Rusia yang terkenal dengan pembuatan sidecar. Bagi Ural ini, ia dibangunkan berdasarkan BMW R71 di mana rekaannya telah diperlesenkan di Rusia pada tahun 1939 selepas Rusia mengambil keputusan untuk memodenkan kenderaan yang sering digunakan oleh angkatan tenteranya.

Hari ini, Ural merupakan motosikal sidecar yang dikuasai enjin 750 cc dua-silinder. Mengekalkan imej penuh retro, ia akan dibawa masuk ke Malaysia mulai Mac ini.

Reed Motorcycle yang mahu mengembangkan lagi perniagaan motosikalnya mengambil keputusan untuk membawa masuk Ural ke pasaran tempatan kerana keunikannya serta mahu memperluaskan penglibatan keluarga dan rakan penunggang, terutamanya mereka yang memang tidak atau takut menunggang motosikal roda dua standard.

Menurut Pengarah Urusannya, Mohamed Nik Faisullah Reed, “Pada mulanya kami mahu mengimport Ural pada tahun 2014. Selepas berurusan dengan syarikat di Rusia dan menguruskan perkara yang berkaitan, kami mulakan proses penyediaan reka bentuk sidecar ini bagi kelulusan JPJ serta mendapatkan AP dari MITI.”

Ural-Motorcycle-Sidecarriver-crossing

Menurut Nik lagi, proses terbabit hampir siap dan kini Reed Motorcycle hanya menantikan surat kebenaran daripada kementerian sebelum penghantaran Ural dari Irbit Sverdlovsk Orbast dimulakan. Jenis kelulusan dari JPJ bagi kenderaan ini ialah motosikal, dan Nik turut berkata, sesiapa yang memiliki lesen B Penuh boleh menunggang Ural ini secara sah di jalan raya.

Harga yang bakal ditetapkan buat Ural ini ialah bermula RM80,000 hingga RM140,000 bergantung pada model dan spesifikasinya. Walau bagaimana pun, Urul bukanlah motosikal solo selepas mendapati permintaannya tidak mencukupi syarat produksi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required