PDRM-4

Mulai Jun ini, polis trafik akan menggunakan sistem Pengesan Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) bertujuan memudahkan pihak polis mengesan kenderaan yang melakukan jenayah atau memiliki saman trafik.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus, sistem tersebut dapat merakam nombor plat kenderaan, seterusnya menyalurkan maklumat kenderaan terbabit kepada pihak berkuasa, laporan Kosmo.

“Setakat ini kita hanya memiliki satu unit sistem tersebut dan menjelang Jun sebanyak 20 unit lagi bakal beroperasi. Sistem ANPR ini diletakkan pada kereta peronda polis. Jika nombor plat berkenaan dikesan dalam data polis, pesalah terbabit boleh ditahan,” ujarnya.

Katanya lagi, dalam masa yang sama sistem tersebut juga dapat membantu mengesan kes-kes jenayah.