Subaru XV 2016 dilancarkan – bermula RM133k

Subaru-XV-facelift-launch-2-1

Setelah diperkenalkan di Thailand pada Disember lalu, kini tiba pula giliran Malaysia untuk menerima kehadiran Subaru XV 2016. Model facelift ini diberi penambahan beberapa elemen serta peningkatan estetika yang lebih optimum tanpa ‘mengusik’ atau mengubah sudut mekanikalnya. Malah Subaru XV 2016 versi Malaysia ini juga sama spesifikasi dengan unit yang diperkenalkan di Thailand dan merupakan model pemasangan tempatan (CKD).

Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.0i dan 2.0i Premium (2.0i-P), ia dijanakan oleh enjin boxer 2.0 liter DOHC empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 150 PS pada 6,200 rpm dan tork 196 Nm pada 4,200 rpm.

Subaru XV facelift-39

Ia turut dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT enam-kelajuan, di mana kuasanya disalurkan ke-empat-empat roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive (SAWD). Di mana sistem ini akan menyalurkan kuasa dengan nisbah 60:40 iaitu roda hadapan dan belakang. Subaru XV 2016 ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sekitar 7.9 liter bagi setiap 100 km.

Subaru XV 2016 ini telah disuntik sedikit perubahan gaya yang lebih segar. Pada bahagian hadapan, gril haksagon diberi rekaan baharu, disambung pada lampu hadapan halogen baharu dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-C. Ia juga dilengkapi dengan lampu kabus.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi dua-tona bersaiz 17-inci yang tampil dengan rekaan semula, spoiler bumbung dan rel bumbung kekemasan aluminium. Namun tambahan bagi varian Subaru XV 2.0i-P yang memiliki lampu indikator LED dan lampu nyalaan siang (DRL).

Pada bahagian kabinnya pula, ia tidak banyak berubah berbanding model terdahulu. Melainkan dengan jahitan kontras berwarna oren pada roda stereng, tombol gear dan beberapa kekemasan lain. Selain itu, ia dipadankan dengan unit Kenwood double-DIN, roda stereng pelbagai fungsi dengan kawalan kelajuan, sistem penghawa dingin automatik, pedal penukar gear, perehat tangan bagi tempat duduk belakang dan tempat duduk balutan kulit.

Subaru XV facelift-3

Namun bagi varian 2.0i-P, ia ditampilkan dengan elemen tambahan termasuk unit multimedia dengan skrin sesentuh bersaiz 6.2-inci dengan sambungan Bluetooth, AUX, kemasukan pintar bersama butang penghidup enjin, pedal aluminium, meter paparan info gred tinggi, skrin sesentuh untuk paparan pelbagai fungsi, USB, Premium Audio dengan speaker, sistem bebas tangan, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektronik dan, kamera undur, dan arahan pengecaman suara.

Walau bagaimana pun, elemen yang disebut untuk 2.0i-P tiada pada varian 2.0i. Untuk pengetahuan, varian 2.0i ini juga merupakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding model Subaru XV yang terdahulu, termasuk tidak didatangkan dengan skrin sesentuh.

Subaru XV facelift-40

Bagi keselamatan pula, Subaru XV ini ditampilkan dengan tiga beg udara, sistem Kawalan Dinamik kenderaan (VDC), ABS, EBD, BA, sistem keselamatan pedal dan cagak Isofix.

Subaru XV 2016 ini hadir dengan enam pilihan warna iaitu Pure White, Ice Silver Metallic, Desert Khaki, Tangerine Orange Pearl, Dark Grey Metallic dan Obsidian Black Pearl.

Bagi harga atas jalan termasuk GST dan insurans, 2.0i ditawarkan pada RM132,724.65, manakala 2.0i Premium (2.0i-P) pula RM137,074.89. Ia turut didatangkan dengan waranti tiga tahun penyelenggaran percuma.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • EjamOthman on Jan 20, 2016 at 6:17 pm

    Warna oren mengancam tapi padanan lampu belakang macam tidak kena.
    Jika body warna putih nampak sesuai dengan padanan lampu belakang jernih.
    Akhirnya nanti pengguna tinted dengan stiker hitam juga.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Mohd Faiz on Jan 21, 2016 at 10:22 am

    Tahniah Paultan. Semoga diperbanyakkan artikel dlm Bahasa Malaysia.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required