Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-4_BM

Proton telah pun mengumumkan enjin baharu GDI dan TGDI yang sedang dibangunkan untuk model-model kenderaannya menjelang akhir 2017. Walau pun spesifikasi teknikal enjin ini banyak diperkatakan, apakah jenis bahan api yang boleh digunakan oleh kebuk pembakarannya? Persoalannya di sini, adakah bahan api sedia ada di Malaysia ini boleh digunakan oleh enjin Proton yang akan datang?

Teknologi suntikan terus bahan api petrol agak sensitif apabila dikaitkan dengan kualiti bahan api. Penggunaan yang berkualiti rendah, bahan api api yang memiliki sulfur yang lebih tinggi akan mencemarkan penukar pemangkin yang lebih canggih yang digunakan pada enjin GDI baharu ini. Di mana enjin tanpa pancitan pembakaran moden sememangnya menghasilkan pencemaran nitrus oksida (NoX) yang lebih tinggi, sekali gus mampu “meracuni” dan adalah tidak berguna.

Di Malaysia, pengguna mempunyai beberapa jenis petrol yang berlainan iaitu Euro 2M RON 95, Euro 4M RON 97 dan Euro 4M RON 100. Namun majoriti pengguna di Malaysia ini memilih Euro 2M RON 95 yang lebih mampu milik, namun adakah ia mampu memberikan implikasi terhadap enjin baharu Proton? Menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, yang ditemubual secara eksklusif oleh paultan.org baru-baru ini memberikan jawapan mengenainya, Euro 2M RON 95 mampu digunakan bagi barisan enjin baharu ini.

Proton juga telah meneruskan perbincangan dengan rakan pembangunan, Ricardo mengenai keperluan RON bagi enjin ini dalam beberapa pasaran berbeza. Sekiranya enjin GDI/TGDI Proton ini mencukupi syarat Euro 6C, maka ia boleh dieksport ke negara lain mengikut apa yang telah direncanakan.

Proton-new-engine-tests-1

Rashid turut menambah, ada sesetengah pasaran yang menggunakan bahan api yang berkualit rendah, namun syarikat ini akan terus menggunakan enjin VVT sedia ada. “Ini sebabnya mengapa kami masih mengekalkan enjin VVT,” katanya. “Malah terdapat sesetengah pasaran di Timur Tengah yang masih menggunakan RON 82.”

“Ada kepelbagaian dalam pasaran. Negara-negara membangun mungkin tidak mempunyai kualiti bahan api itu, jadi kami tidak mungkin menggunakan teknologi enjin yang tinggi dalam pasaran berkenaan, walau pun juga di Malaysia. Tetapi pada masa ini, enjin kami boleh menggunakan serendah RON 88 dan sehingga RON 105,” katanya.

Sebagai konklusi, adakah ia perlu dirisaukan? Sudah tentu tidak. selain fakta yang enjin ini mampu menggunakan Euro 2M RON 95, pengeluaran pertama enjin baharu ini hanya dijadualkan masuk ke pasaran pada 2018, manakala Euro 4 RON 95 pula diwartakan untuk dijual di Malaysia mulai Oktober 2018.Jadi, enjin baharu ini sudah pasti tidak menimbulkan sebarang isu buat para pengguna.