Enjin GDI dan TGDI Proton – kos penyelenggaraan menjimatkan berbanding CamPro, jarak servis 20k km

2015-proton-exora-1.3-turbo-prototype-020_BM

Barisan enjin baharu Proton sudah tentu memiliki teknologi yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh CamPro. Dengan pelbagai elemen yang lebih baik termasuk suntikan terus, pengecas turbo dan nisbah pemampatan yang lebih tinggi, adakah kos penyelenggarannya juga akan meningkat? Ketika sesi temubual eksklusif paultan.org dengan Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa memberitahu, ia sepatutnya menjadi lebih rendah berbanding enjin CamPro.

Beliau menyatakan bahawa enjin yang dijadualkan bakal berada di pasaran pada tahun 2018 ini akan mempunyai jarak servis yang lebih lama. “Jarak servisnya akan dua kali ganda berbanding enjin VVT yang digunakan pada masa ini dan saya percaya teknologi yang lebih matang ini yang membuatkan kitaran jangka hayat komponennya lebih panjang, agak boleh dipercayai,” katanya.

Rashid berkata Proton menyasarkan untuk memanjangkan kitaran servis bagi enjin baharu GDI dari 10,000 km yang ditawarkan pada Preve, Suprima dan Iriz ke 20,000 km, per servis. “Tetapi semestinya anda perlu memeriksa bahagian lain di dalam enjin. Adakalanya orang akan keliru apabila teknologi tinggi digunakan. Maka tidak perlu untuk memeriksa minyak enjin. Walau bagaimana pun, perlu memantau keadaan enjin bergantung pada kegunaan anda.”

“Kos servis akan menjadi lebih murah, semestinya. Saya rasa ia adalah antara kekuatan enjin ini,” tambahnya lagi. Apatah lagi dengan penggunaan timing chain akan membuatkan kos penyelenggaran lebih rendah.

Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-9_BM

Rashid turut memberitahu enjin baharu ini bukan memfokuskan pada kereta sport termasuk yang prestasi tinggi. “Saya tidak menyebut prestasinya hebat, tetapi prestasinya bagus, rendah penyelenggaran. Prestasi tidak semestinya bermaksud kuasa kuda. Prestasi juga boleh dikaitkan dengan penjimatan bahan api, emisi dan perkara yang berkaitan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, seperti keselamatan, ia memiliki tiga tahap penyelenggarannya iaitu pelindungan, pencegahan dan ramalan. Tahap pertama bagi penyelenggaran iaitu perlindungan, di mana ia dilindungi dari perkara yang merosakkan termasuk kepanasan melampau. Tahap kedua pula, pencegahan, ini termasuk rutin penyelenggaran bagi membantu mengelakkan enjin menjadi rosak.

Manakala tahap ketiga pula, penyelenggaran ramalan atau kognitif, di mana Proton sedang mencari implementasinya bagi kenderaan akan datang. Rashid juga berkata enjin baharu ini boleh digunakan pada masa yang datang dengan mengamalkan kaedah Condition Based Maintenance (CBM). Dengan kaedah ini, kereta terbabit akan dianalisa bagi mengetahui keadaan sebenarnya bagi menukar minyak enjin, daripada bergantung pada kitaran tetap.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Sam Loo on Feb 02, 2016 at 9:26 am

    But VVT-i Toyota is still the best!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 10
  • Satria on Feb 02, 2016 at 10:43 am

    Jenama kereta jepun meminta jarak service 5K km. Jika Malaysia tidak memiliki Proton, Jenapa Jepun possibly minta jarak service setiap 2K km. Bersyukur ada Proton, dia orang tak boleh tamak sangat.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Peminat Auto on Feb 02, 2016 at 9:42 pm

    Semuanya b’gantung kpd jenis minyak enin yg diguna pakai. Nak tahu jugak enjin bru GDI tu pki myk enjin gred apa?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required