Pinjaman sewa beli yang lama menyebabkan Proton hilang nilai untuk wang berbanding jenama import

Proton-COE-press-conference-5_bm

CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah mengakui pengeluar kereta nasional itu telah kehilangan kelebihan nilai untuk wang pada produknya berbanding jenama luar, akibat tempoh pinjaman yang dipanjangkan kepada sembilan tahun. Tempoh pinjaman yang lebih lama tersebut membolehkan pengguna membeli kereta yang lebih mahal.

Harith memberitahu media semalam, semasa tempoh pinjaman yang lebih pendek sebelum ini, Proton mempunyai kelebihan yang besar dalam jualan – menjangkaui 60% dalam pasaran tempatan. Tetapi dengan kemampuan pengguna untuk membeli kereta yang lebih mahal sekarang, tambahan pula kegagalan untuk memenuhi pasaran segmen-B yang agak besar, Proton telah kehilangan kelebihan tersebut.

“Kami hilang faktor nilai untuk wang tersebut kerana kemampuan untuk membeli kereta telah meluas,” kata beliau. “Kami gagal untuk menguasai segmen ini, dimana ia lebih tertumpu pada jenama.”

Beliau juga turut kesal dengan orang ramai membeli kereta dari jenama lain walaupun dibekalkan dengan ciri keselamatan dan kelengkapan ditahap yang lebih rendah. “Kami perlu membuat analisa berkaitan hal ini. Kami telah memberikan yang terbaik dari segi prestasi, keselamatan dan kelengkapan. Enam beg udara, rating keselamatan lima-bintang dari ANCAP – semua ini sejak 2012. Kami telah melengkapkan segalanya dalam kereta kami,” katanya.

proton-kuala-terengganu-061_BM

Harith menambah kerana persepsi negatif terhadap Proton, pembeli tidak mahu cuba untuk memandu uji model Proton, jadi mereka tidak mengetahui sebenarnya kemampuan sebenar model terbaharu Proton seperti Preve, Suprima S dan Iriz. “Anda perlu memandu uji model-model ini, kerana ia telah terbukti, apabila anda memandu uji, peluang untuk memilih membeli Proton adalah tinggi,” kata beliau.

Sentimen ini merupakan penggerak utama dibelakang kempen ‘ It’s in the Drive‘ Proton, menggalakkan orang ramai untuk memandu uji sendiri kereta baharu, berbanding hanya berpegang kepada perasaan prejudis yang dipendam sekian lama. Ini juga sebab mengapa Proton sekarang ini menganjurkan peraduan Pandu Uji dan Menang, yang mana setiap orang yang memandu uji Proton layak berpeluang memenangi hadiah, termasuk sebuah Suprima S jika mereka menempah kereta baharu.

Harith berkata Proton bergelut di bawah Polisi Automotif Nasional (NAP), di mana tempoh pinjaman sewa-beli maksima ditambah dari lima tahun ke sembilan tahun. “Jika kerajaan atau Bank Negara membuat keputusan untuk memendekkan tempoh masa bayaran pinjaman maksimum ke lima tahun, anda boleh lihat perubahan drastik pada angka jumlah jualan kami. Saya agak yakin tentang perkara ini,” tambah beliau.

“Saya berpendapat pinjaman sewa beli kereta tidak patut dipanjangkan sehingga sembilan tahun. Jika pembayaran dipanjangkan sebegitu lama, apabila anda membuat keputusan untuk menjual kereta selepas dua tahun, anda perlu membayar lebih kepada bank berbanding harga pasaran kereta tersebut sebelum dapat menukar kereta,” ujar beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • encik… tolong cari formula utk kurangkn harga proton dan mudahkan pinjaman..

    Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
  • Betul2 offfff on Feb 17, 2016 at 5:56 pm

    Really cheap tactics to sell car..for 30 years you have to learn something and develop..not blaming policies and claimin for protection national car..people buy because of quality, engine, transmissin, reliability

    Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 1
  • Azliyamin on Feb 17, 2016 at 6:49 pm

    Kereta memang power.Spec ok.Tp masalah nye kualiti barang2 yang lain.Test drive memang best.Macam suis, power window etc.Kalau kualiti ni dijaga,mungkin ramai yg akan beli.Kereta luar pun rosak jg tapi minimum.
    Teruskan usaha Proton.

    Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 0
  • Syok sendiri on Feb 17, 2016 at 8:37 pm

    Encik tuan..cuba compare kualiti kreta tu dulu.harga bukan murah pun.sedut minyak macam sedut air.power window asyik sangkut.brek asyik bunyi.hantar service centre, sana ckp no problem.apa ingat suka2 ke p workshop?nak jual balik kreta pun salesman buat gelak je

    Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 2
  • Si Merah WXP on Feb 17, 2016 at 9:56 pm

    Please ensure yout CVT gearbox is problem free as I had spend a lot money maintaining my FLX 1.6..this CVT gearbox issue had been prolonged to flx 1.6, preve, exora and so forth. My car has had changed the valve body for the gearbox. Anyway, hope to see huge improvement for proton cars in future.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • NazaAs on Feb 17, 2016 at 11:36 pm

    Bkn tak mau sokong, saya adalah pembeli setia Proton dari Iswara, Persona & Exora & saya juga ada kereta Perodua Alza. Apa yg mendukacitakan kos service adalah mahal berbanding Perodua tapi tahap service paling teruk. Aduan kerosakan selepas service dalam seminggu jadi balik.

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
  • Mmg nk support proton. Kreta2 kluaran proton yg baru2 minat je nak beli.Tp kualiti kreta tu sndri xmemuaskan. Saya pkai saga BLM pnah rosak gear. Bile tuka neutral ke drive rase mcm sangkut. Bile hntr pronton cnter mintak cek kate okay je xde ape..cmne tu..hmm

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Hasbullah Hashim on Feb 18, 2016 at 2:21 am

    Beli inspira nov 2011 tapi dpt kereta dh mcm kereta second-hand..pergi buat complain tapi tak dilayan n kata salah saya..tak logik. Mmg patut pun kene kondem..ingat kan kalau dh bli kete lebih mahal kualiti dijaga tapi hampeh..

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • Anynomous on Feb 18, 2016 at 2:49 am

    Nampaknya berapa ramai CEO Proton tukar pun mereka masih TAK PAHAM kenapa pembeli menolak Proton! Tun Madey pun tak pakai Proton.. pakai Jaguar untuk ke majlis ‘jatuhkan PM’ so macam mana orang lain mau beli Proton.

    The most sucks things ialah KUALITI BODOH Proton!! berapa ratus juta kali mau ulangg arrrr!!! Tgk enjin Proton macam enjin lori tanah.. bising, not fine tune combustion teruk, emission vs output power teruk. Pakai CVT punch low quality.. BODOH punya CEO tak paham2 lagi masalah sebenar keta Proton..kalu letak lah 10 biji airbag pun kalau enjin n gearbox mcm lori tanah, fuel consumption teruk!! Hadoii Proton kekal BODOH. Now isu CFE paip pecah.. pusing sana sini masuk sbg parts mesti ganti after 4okm.. cilaka.. kau buat parts xde kualiti lepas tu panggil recall ganti sekali je..then every 40k kau nak cekau lagi RM 700 utk tukar paip cooling oil itu shj.. belum cerita kos tukar timing belt lagi… BODOH x100 Proton tak sedar diri!!

    Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 4
  • Pengguna Proton on Feb 18, 2016 at 7:31 am

    Saya guna Persona sejak 2011. Baru saja beli 3 bulan, power window dah jem. Selepas tukar yg baru lebih kurang 2 bulan, power window lagi sekali jem di spot yg sama!!!!. Air leaking kat front passenger seat sebab cover sebelah dlm pintu x di seal dgn betul. Enjin pernah overheat dlm masa 1 tahun saya guna Persona. Tahun lepas kakak beli Saga Plus. Terkejut tengok side mirror dah lah bukan auto tapi siap kena adjust dgn tangan pd cermin ….Sebab nak reduce kos hanya pd side mirror..adoi hai…..Servis….agak tinggi kosnya serta TIDAK semesra suasana mcm servis centre Toyota.Kenapa pilih contoh Toyota sebab saya pernah guna Toyota Avanza selama 7 tahun. Selama itu saya hanya hantar ke servis centre Toyota shj Banyak aspek Proton kena pertingkatkan kerana Proton BUKAN baru dlm industri automotif di Msia…..

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • James Teoh on Feb 18, 2016 at 8:48 am

    I really hope our national car will be a success one day. Below are my feedbacks.

    1.) Bring in more decision makers (Chinese,Indian etc) to have more new ideas to cut down cost. Focus on better quality with a reasonable price.

    2.) Stop forcing Taxi to use Exora for example. I know it will boost your sales short term. In long term you will will lose out. Most taxi driver give negative comments about Extra. Market feed back campro platform does not do well with NGV. If you want taxi to use Proton build and egin that can gel with NGV, then Proton reputation will improve. Don’t forget taxi is your ales man too. I am sure you missed this point out.

    3.) Improve your sales personal attitude. Don’t look down on people. When an guy drives a kancil in to view an Inspira, no sales personal attend to him. Some reading newspaper, wassap etc. If a guy drives in with Honda Civic, superb service, give water, welcome smile greeting… how man? (I agree even some top brand car company’s sales personal attitude is like that, but you want to be different right?)

    4.) If possible do back the trade-in old proton car. Encourage your proton supporter to upgrade their cars.

    Lastly don’t blame 9 years loan etc. If you want to blame there are many else to blame. Example, second hand branded cars price also reasonable, most people also consider whether to buy a brand new Proton or a second hand imported car….

    Looking forward for Proton to shine one day.

    Thank you.

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
  • Percaya Kali Ke-2 on Feb 18, 2016 at 9:04 am

    1st model sya guna ialah Wira 1.5 GLi.. 2.5 tahun saja dah detect enjin makan minyak hitam.. yg lain parts ok tp servis x murah.. serik.. jual!.. beli Persona Elegance SV utk bagi Proton peluang ke-2.. spt biasa.. parts after setahun mesti ada hal.. kunci console box tak tahan (setahun boleh kira 10 jari buka brp kali pun) dah patah.. kunci pintu kadang ok selalu tak ok.. minyak sedut mcm air.. servis enjin terlalu mahal (auto).. dashboard, stereng bunyi sana-sini.. memandangkan di antara kita masih menyokong & masih memberi peluang it is fair yg Proton perlu improve after sales servis.. tukar lah pembekal ‘bahan plastik kenderaan’ kamu kepada yg tahan sikit.. servis enjin tu kena kasi harga best la sama customer.. sakit la asal smpai 20k servis kaw2 cecah rm500-600 *face palm

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • Salah 1 org drpd anda on Feb 18, 2016 at 9:40 am

    Kualiti QC perlu ditingkatkat lagi…
    Alot of quality issues.. harga jadi x padan dgn Kualiti kereta.. diluar negara harga kereta malaysia lebih murah banding dgn sini.. so jgn ckp rakyat x sokong buatan tempatan..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Salah 1 org drpd anda on Feb 18, 2016 at 9:41 am

    Kualiti QC perlu ditingkatkat lagi… Alot of quality issues.. harga jadi x padan dgn Kualiti kereta.. diluar negara harga kereta malaysia lebih murah banding dgn sini.. so jgn ckp rakyat x sokong buatan tempatan..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Kalau loan dikurang tahun, makin kuranglah orang beli. Sebenarnya harga kereta terlalu mahal di malaysia. cukai2 yang tinggi menyebabkan harga tak masuk akal. kalau harga murah,tak mustahil setiap 3-5 tahun orang akan beli kereta baru, dah kereta 2nd hand boleh dijual pada negara miskin. Biarlah harga kereta tu masuk akal.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • chibimarukochan on Feb 18, 2016 at 11:53 am

    Assalamualaikum… mnta jasa baik proton… keluarkn model proton dengan reka bentuk seperti keluaran kereta jenama seperti honda toyota mishubishi… yang mnarik minat anak muda… dan juga harga janganlah terlalu mahal tinggi… kalau mahal lebih baik beli kereta inport seperti honda toyota dan lain2… trunkan harga mampu milik…kualiti… reka bentuk… mcm jepun buat.. mst akan mningkatkn hasil jualan..seperti produa…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • anonymous on Feb 18, 2016 at 3:04 pm

    Pertama kali berurusan membeli proton dah terkena….. 5 bulan lebih baru dapat kereta
    Salesman punya penangan

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • ag golden on Feb 18, 2016 at 8:27 pm

    Dulu sy setia dgn Proton…dari Saga; Iswara; Wira dan Satria.Selepas income bertambah2…sy ubah ke Honda recond.Dari Stream; Accord Euro R n kete sukan Civic Ef9 trus minat Honda.Proton bagus bkn tak bagus…masih ada lagi Waja 1st model dan Gen2 bg adik2 guna pulak.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • The_King on Feb 19, 2016 at 8:22 am

    Proton, nak tau tak kenapa orang ramai susah nk beli Proton? Sebab semua model yang Proton keluarkan dari dulu hingga sekarang, “feeling” driving kereta Proton tetap tidak memuaskan. Saya tak tau kenapa tapi ini rialiti. Saya alaminya sendiri. Tetapi bila kita drive kereta import, tak kira lah model baru atau lama, tak kira juga dari mana pengeluarnya, “feeling” drive mesti rasa “Best”. Saya percaya Proton paham maksud saya. Bukan nak condem, just share comment sy. Thank You.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • skatax on Mar 02, 2016 at 8:50 pm

    Mak saya dulu peminat tegar Proton. Bermula dengan Proton Saga Hatchback MEGAVALVE semasa saya di sekolah rendah, bertukar pula kepada Proton Wira Hatchback 1.5 GL semasa di sekolah menengah, dan akhir sekali Proton Waja (first batch) warna hijau gelap yang sangat popular dulu tu.

    Yang paling teruk dan hina dan jijik sekali Proton Waja. Banyak sangat masalah. Lepas 4 tahun guna, hampir setiap bulan kena servis dan cari alat ganti (suis tingkap lah, bingkai tingkap lah, suis gearbox lah, etc.). Bagaimana saya tahu? Kerana saya yang disuruh cari alat ganti di luar, selepas pomen kedai LimTayar caj rege mahal. Mak saya tu bukannya pandu ganas sangat pun, selalu servis cukup tempoh dan cuci kereta di kedai hampir setiap minggu. Kasihan mak saya.

    Dia pun dah give up dan sekarang bertukar ke SX4. Dah hampir 6 tahun pakai SX4 langsung takda masalah!

    (Tapi saya masih kesian dengan mak saya dan belum bagitahu Suzuki dah pun keluar dari pasaran Malaysia).

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required