Audi SQ7 TDI – kereta produksi turbo elektrik pertama

Audi SQ7 TDI_front1

Audi secara rasminya telah pun memperkenalkan model SQ7 TDI yang didakwa sebagai SUV diesel yang paling berkuasa di dunia.

Ia dilengkapi dengan enjin 4.0 TDI V8 yang baharu dibangunkan bersama pemampat kuasa elektrik, ia akan ditampilkan pada model produksi.Penjana turbodiesel ini juga mampu memberikan kuasa sehingga 435 hp dan tork setingga 900 Nm bermula 1,000 rpm, membolehkan SQ7 TDI ini dipacu dari 100 km/j dalam hanya 4.8 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum sehingga 250 km/j. Sekali gus memberikan peluang SQ7 TDI ini sebagai SUV diesel paling berkuasa yang pernah dihasilkan di dunia setakat ini.

Walau pun dilihat memiliki prestasi yang pantas, namun enjin baharu 4.0 TDI V8 ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien. SUV diesel ini dikatakan menggunakan bahan api sekitar 7.4 seliter per 100 km dengan emisi CO2 sehingga 194 g per km.

Audi SQ7 TDI_side

EPC turut diimplementasi bagi menyokong enjin turbodiesel lapan-silinder ini terutamanya ketika berada dalam rpm yang rendah untuk mengelakkah turbo lambat dipacu. Audi turut berkata dengan adanya teknologi baharu ini, masalah turbo yang lambat dapat dielakkan. Malah EPC ini turut dipacu dengan menggunakan motor elektrik dan pemampat roda yang berpusing sehingga 70,000 rpm di mana ia membolehkan V8 menjana kuasa secara pantas.

EPC memiliki kuasa maksimum sehingga 7 kW yang disalurkan menerusi sistem sub elektrik 48-voltan yang termasuk dengann bateri lithium-ion 48-voltan dan kuasa puncak sehingga 13 kilowat sementara penukar DC/DC disambungkan pada sistem elektrik 12-voltan dan 48-voltan.

Malah jurutera Audi turut mereka semula transmisi tiptronik lapan-kelajuan untuk model baharu ini dan menyatakan ia mampu memberikan penukaran gear yang lebih pantas dan efisien. Malah output bagi enjin TDI V8 ini juga disalurkan ke sistem pacuan semua-roda quattro yang bekerjasama dengan self-locking central differential. SQ7 TDI ini turut ditampilkan dengan roda aloi 20-inci yang dibaluti tayar 285/45, namun jika pemiliknya mahu menggandingkannya dengan rim 22-inci, ia turut ditawarkan dengan kos tambahan.

Audi SQ7 TDI_rear

SUV ini juga akan didatangkan dengan pakej pilihan pemanduan dinamik dengan perbezaan sport, penstabilan olengan aktif elektromekanikal dan stereng semua-roda. Lampu utama LED turut ditawarkan secara standard, namun Audi juga akan menawarkan lampu utama LED Matrix bagi memberikan iluminasi yang lebih baik.

Selain dikatakan sebagai SUV paling berkuasa di sunia, SQ7 TDI baharu ini juga merupakan model paling ringan dalam segmennya dan mempunyai daya seretan sehingga 0.34. Pelanggan boleh menempah model ini sama ada untuk bentangan lima- atau tujuh-tempat duduk dengan bebeapa elemen yang ada seperti mana pada model Q7.

Audi turut menyebut, tempahan akan dibuka pada pelanggan di Eropah mulai musim bunga ini dan ia akan dijual pada harga bermula €89,900 (RM406,610) di Jerman.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • skatax on Mar 04, 2016 at 11:32 pm

    Audi SQ7 TDI – kereta produksi turbo elektrik paling hodoh di dunia (maaflah, cuma saya mmg geram dan menyampah sgt tgk rupa kereta ni)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required