Proton Extrema penuh misteri- Proton produksi SUV!

12903905_10154924435352316_1193811798_o-e1459476104787

Wow! Satu perkhabaran yang mengejutkan tetapi menguja! Bikin degupan jantung kian kencang! Krikkk..krikkk..krikkkk!

Selepas menerima foto model crossover kompak Proton, hasil rebadged Maruti Suzuki Vitara Brezza, kemudian kami menerima pula brosur misteri dari pengedar (pemenang Pertandingan Reka Bentuk Proton 2014) Pow Ying Hern, yang mendedahkan tentang SUV Proton ini! Digelar sebagai Extrema, SUV ini dijangka akan dilancarkan pada 1 April, 2017, selepas pelancaran Perdana, Persona dan Saga.

Tiada perincian lebih lanjut didedahkan, cuma beberapa foto sahaja. Namun ia kelihatan seperti kenderaan kontemporari, dengan lampu utama xenon bersama lampu posisi LED, gril besar dengan Proton Wings (logo tiga-dimensi baharu), skid plate berwarna perak dan lampu nyalaan siang LED.

Pada bahagian belakang pula, ia ditampilkan dengan ekzos dan lampu belakang yang nampak lebih teratur serta padanan roda 19-inci. Kabinnya pula agak menarik, dengan papan pemuka dan tempat duduk berwarna coklat, serta banyak kekemasan perak bagi memberikan penampilan yang lebih elegan.

Klik untuk besarkan imej

Dijangkakan Extrema akan dijanakan oleh enjin baharu Proton iaitu 1.5 liter pengecas turbo dan suntikan-terus TGDI – dengan konfigurasi paling berkuasa, yang mampu menghamburkan kuasa 180 hp dan tork 250 Nm. Mungkin dengan pacuan roda-hadapan dan semua-roda, dipadankan dengan transmisi baharu CVT.

Apa pendapat anda tentang langkah Proton yang ingin memperkenalkan model sebegini di pasaran? Adakah ia langkah yang tepat atau pun sebenarnya masih belum tiba masanya lagi. Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • anony... on Apr 01, 2016 at 9:01 pm

    kalau harga rendah,maintainance murah,minyak jimat,kualiti ok, apa salahnya..

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • aman arip on Apr 05, 2016 at 12:46 pm

    Penggemar kereta jenis SUV memang ramai cuma rata-rata dikalangan mereka perlu sesuaikan kemampuan dengan harga dan kos selenggara SUV yang kebanyakannya agak mahal. Kita lihat akan harga kebanyakan SUV seperti CRV, CX5, Tucson, ASX, Kuga, Captiva, Sportage dan yang sekelas dengannya diparas harga daripada RM110k ke atas. Melihat kepada reka bentuk Proton Extrema yangtak kurang hebatnya daripada SUV keluaran Honda, Kia, Mitsubishi, Hyundai dsb., maka diyakini ianya akan mendapat sambutan yang baik daripada peminat SUV tenpatan jika berharga di bawah RM100k. Bagaimana pun enjin 1.5 liter mungkin sesuai dipertingkatkan kepada 1.8 liter bagi kuasa yg lebih.

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  • Mesti guna enjin ne01 2.2L turbo….hahahha hopefully

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • mohon proton leh release mpv second generation utk replacement exora

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • edawaty on Apr 09, 2016 at 5:49 pm

    proton harus berdaya saing dgn reka bentuk masa kini untuk menarik minat rakyat malaysia supaya memilih membeli kereta malaysia .tepat masanya untuk proton mengeluarkan kereta terkini seperti suv extrema…cantik, menarik..tp biarlah lebih murah dr kereta jenama seperti honda crv,toyata dll. ..kereta malaysia mampu milik rakyat malaysia…

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • mcm satu revolusi dari produc proton. suv kembara sebelum ni fail.
    1.5L turbo dah cukup untuk suv kecil. kuga pun 1.6L je.
    klu nak harga bawah 100K mcm impossilbe bagi pasaran malaysia.
    tunggu dan lihat je

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Ternanti-nanti model2 baru Proton. Harap tiada lagi enjin yg menggunakan belting krn menambah kos kpd penguna. Jangan lagi menganiaya pengguna dgn kapasiti enjin yg kecil tanpa turbo pd harga lebih mahal dari variasi turbo untuk dipadankan pada body besar lagi berat cth Exora. Terus keluarkan enjin lengkap agar pengguna tidak terasa ditipu. Pastikan kualiti plastik yg digunakan adalah yg baik. Malu dibanding dgn kualiti pengeluar kereta lain. Akibatnya pengguna beralih arah kpd pengeluar kereta luar negara walau harga kereta mereka 30% lebih tinggi. Pengguna bersedia membayar lebih asalkan kereta tersebut tidak memberi masalah kpd mereka. Free mind cheap maintenance.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required