Perodua sedan rendered dari Toyota Passo baharu

Perodua-B-segment-sedan-Theo-Passo-render

Semalam Toyota Passo 2016 telah dilancarkan. Dan pastinya ia memberikan ‘bayangan’ bagaimana rupa Perodua Myvi baharu kelak. Ini pula Theophilus Chin menghasilkan imej lakaran rendered untuk Myvi sedan pula.

Umpama model standard kompak yang ditransformasikan daripada sudut fizikal, iaitu bahagian belakangnya dibentukkan semula termasuk menampilkan tingkap belakang yang kelihatan lebih curam. Malah ia juga meningkatkan kesan juntaian bagi memberikan imej sedan yang lebih ketara.

carlineup_passo_grade_3_001_pc

Bagi Toyota Passo 2016, ia dilengkapi dengan enjin 1.0 liter 1KR-FE tiga-silinder, yang mampu memberikan kuasa 69 PS pada 6,000 rpm dan 92 Nm pada 4,400 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi CVT, dengan pilihan pacuan roda hadapan dan semua-roda. Di bawah ujian JC08, Passo FWD mampu mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 28 km/L, semantara Passo AWD pula 24.4 km/L.

Ia juga memiliki persamaan identiti dengan Daihatsu Boon baharu. Namun mungkin juga Myvi model masa sekarang dikatakan lebih mirip dengan Boon generasi-kedua.

Jadi, jika Perodua ingin menghasilkan Myvi sedan, adakah ia akan mengadaptasi rekaan gaya yang ada pada Passo/Boon baharu ini, termasuklah daripada sudut peningkatan teknologinya?

GALERI: Toyota Passo 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Same L0rrr on Apr 13, 2016 at 4:26 pm

    Wow.. design yang sangat cantik.. i sure buy 1 this car.. better than saga.. good RV

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  • Hentamajela on Apr 13, 2016 at 5:12 pm

    Wow same lorr puji oooo…sure boleh tanam sekali dgn kereta dlm kubur senang…tahniah same lorrri for been advisor to perodua….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Alson P on Apr 14, 2016 at 4:24 pm

    Rasanya axia sedan lebih menarik Dan sesuai daripada myvi/passo.. Bumbung axia lebih rendah Dari myvi/Passo, banyak lagi yang lebih menarik jika axia disedankan berbanding myvi/passo.. Tetapi Kedua myvi Dan axia Dari segment berbeza, myvi B-segmen manakala axia A-segment..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • brader sam on Apr 19, 2016 at 2:26 pm

    buruuuukkkkk cam berok la weiii

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required