Perodua catat perkongsian pasaran pada kadar 35.5% setakat Jun 2016, 97,730 unit kenderaan sudah terjual

Perodua_Bezza_Slides-2

Setakat Jun 2016, Perodua sudah menjual sejumlah 97,730 unit kenderaan daripada jumlah keseluruhan yang dijual dalam pasaran iaitu 274,293 unit. Angka berkenaan memberikan Perodua perkongsian pasaran sebanyak 35.5%.

Dalam tempoh sama juga, perkongsian pasaran pengeluar kenderaan nasional mencatatkan 48%, manakala kenderaan bukan nasional pada kadar 52%. Pada tahun ini, Perodua mensasarkan jualan sejumlah 216,000 unit kenderaan.

Dengan jangkaan jumlah unit yang didaftarkan sekitar 3,000 unit Perodua Bezza pada bulan Julai, syarikat itu mensasarkan 10,000 unit Bezza akan didaftarkan bagi tiga bulan pertama selepas pelancarannya. Angka itu dijangka mencapai 7,700 bagi bulan-bulan selepas itu. 7,700 juga adalah jumlah pengeluaran bulanan Perodua Bezza.

Perodua juga mensasarkan akan menerima 15,000 tempahan secara purata bagi tiga bulan pertama selepas perasmiannya nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Nirvana mencatat peningkatan yang mendadak juga. Adakah wujud perkaitan dengan penjualan toyota & P2? Pikir pikir kan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Proton saga & Persona pun banyak kemalangan maut.. kereta takde ESC juga..
      Kenapa nak salahkan Perodua & Toyota?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required