TUNGGANG UJI: Yamaha NMax skuter terbaik kini?

Yamaha NMax 25

Jika anda sedang mempertimbang untuk memiliki sebuah skuter, dengan kapasiti enjin sekitar 150 cc dan untuk kegunaan harian, apa pilihan yang ada kini? Vespa mempunyai beberapa model dipertaruhkan, misalnya Vespa Sprint atau Vespa Primavera. Tetapi, model dengan reka bentuk moden dan bertembung secara langsung sebagai pesaing dalam pasaran adalah antara Yamaha NMax dan Honda PCX.

Antara kedua-dua model buatan pengeluar Jepun ini, Yamaha NMax mempunyai sesaran enjin yang lebih besar, iaitu 155 cc, berbanding Honda PCX, yang jika merujuk laman web Boon Siew Honda, kapasitinya ialah 149 cc. Ini bagaimana pun berbeza dengan model PCX yang dijual di pasaran luar, ia dinyatakan bersesaran 153 cc. Mengambil kira kedua-dua angka itu, Yamaha NMax mempunyai kelebihan dari aspek ini.

Dilancarkan pada Januari lalu, Yamaha NMax serta-merta mencuri perhatian ramai. Sudah lama peminat skuter di Malaysia tidak ditawarkan dengan model-model skuter yang menarik bagi kelas 150 cc. Dahulu, antara jenama dan model lain yang pernah mempertaruhkan model masing-masing adalah seperti Modenas Elit 150, serta model yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu, Suzuki VS150.

Selepas itu, pasaran skuter kita hanya dibanjiri oleh skuter-skuter dengan kapasiti enjin yang lebih rendah, dengan rekaan yang lebih terarah kepada memenuhi keperluan penggunaan dalam bandar dan perjalanan jarak dekat.

Dari sudut reka bentuk, Yamaha NMax nampak lebih tegap dan lebar; satu petanda bahawa ia juga mungkin sangat selesa untuk perjalanan jauh dan membolehkan penunggang dan penumpang kekal dalam keadaan rehat sepanjang perjalanan. Dimensi keseluruhannya adalah seperti berikut; 1,955 mm panjang, 740 mm lebar, 765 mm tinggi tempat duduk dan 135mm kelegaan dari permukaan tanah. Berat basahnya pula ialah 136 kg.

Lampu depan menggunakan lampu LED. Ini menjadikan tunggangan di waktu malam lebih selamat dengan cahaya terang yang membolehkan penunggang lebih peka terhadap persekitaran. Rekaan bahagian depan memberikan identiti yang tersendiri bagi skuter ini; ia nampak tinggi dan tegap. Bahagian tepi juga menyumbang dalam memberikan imej yang lebih sporty terhadapnya, ada kalanya kelihatan seperti rekaan yang selalu terdapat pada skuter maxi yang saiznya lebih besar.

Jika ada satu perkara yang kurang digemari berkaitan rekaan pada skuter ini, ia adalah pada bahagian belakangnya. Saya merasakan rekaan lampu belakang yang ditampilkan terlalu bersahaja dan kurang menarik, tidak mengimbangi kematangan rekaan yang sudah dipamerkan di bahagian hadapan.

Dari sudut spesifikasi pula, tidak keterlaluan jika disifatkan agak mendahului pesaingnya. Melengkapi enjin 155 cc ialah pendekatan pembangunan enjin baharu oleh Yamaha yang dikenali sebagai teknologi Blue Core. Secara ringkas, enjin baharu ini diperkemas bagi menawarkan tiga perkara berikut; meningkatkan kecekapan pembakaran, mengurangkan kehilangan kuasa yang berlaku akibat pergeseran komponen enjin dan yang terakhir, meningkatkan daya penyejukan dengan lebih cekap.

Enjin yang digunakan adalah dari jenis silinder tunggal, empat lejang dan empat injap SOHC, dengan sistem sejukan cecair. Ia menjana kuasa 14.8 hp pada 8,000 rpm, manakala tork pada kadar 14.4 Nm pada 6,000 rpm. Ia juga menggunakan sistem suntikan minyak, dengan transmisi automatik yang menggunakan tali sawat V-Belt. Kapasiti tangki minyaknya pula ialah 6.6 liter.

Beberapa lagi ciri utama yang perlu dinyatakan tentang skuter ini ialah ruang barangan di bawah tempat duduk adalah cukup luas; boleh memuatkan sebuah helmet saiz penuh dengan masih ada sedikit ruang yang berbaki untuk barangan kecil lain yang dibawa.

Selain itu, paparan meter LCD elektronik memberikan paparan data tunggangan yang jelas, sementara sistem brek cakera disertakan bagi kedua-dua roda hadapan dan belakang. Melihat semua ciri ini, agak sukar untuk mengetepikan Yamaha NMax; ia datang lengkap dan bersedia untuk memberikan nilai terbaik kepada pengguna.

Yamaha NMax 64

Bagaimana pula pengalaman tunggangannya? Saya boleh katakan sangat menyenangkan. Kuasa yang terhasil lebih daripada mencukupi. Dari Kompleks Yamaha di Sungai Buloh, ketika ingin kembali ke pusat bandar Kuala Lumpur, tunggangan di sepanjang lebuh raya bersama skuter ini sangat meyakinkan.

Maklum balas pendikitnya juga sangat responsif dan tepat. Kuasa membrek juga padu. Paling utama, ruang lantai kaki yang tersedia panjang dan lapang, membenarkan walau penunggang yang tinggi untuk berada dalam keadaan rehat dan terus menunggang dengan bersahaja.

Ketika menggunakannya bagi tujuan tunggang uji ini selama seminggu, saya semakin menggemari skuter ini dari segenap penggunaannya. Tunggangan dalam bandar juga lebih menyeronokkan. Mengendalikannya tidak sekali pun menimbulkan masalah.

Daya tork cukup membantu memberikan tujahan yang diperlukan setiap kali skuter ini berada di dalam pergerakan perlahan atau kedudukan yang hampir pegun. Ini kelebihannya; ketepatan respon pendikitnya membolehkan penunggang untuk mengagak dengan betul sebanyak mana tahap input pulasan yang diperlukan dalam keadaan tunggangan atau suasana trafik yang berlainan.

Sepanjang tempoh menggunakan unit ini, bacaan purata penggunaan minyak yang tercatat pada paparan meternya berada pada kadar 42.1 km per liter. Jika bersandarkan angka ini, anggaran satu tangki penuhnya mampu memberikan bacaan sekitar 278 km. Ia sudah semestinya bergantung kepada gaya tunggangan seseorang; Yang dinyatakan ini adalah bacaan sebenar yang diperolehi sepanjang seminggu menggunakannya, setiap hari.

Jadi, adakah Yamaha NMax ini berbaloi untuk wang anda? Secara jujurnya, saya rasakan ya. Dengan harga jualan RM8,812 termasuk GST, tetapi tidak termasuk cukai jalan dan insurans, meletakkan Yamaha NMax ini selangkah lagi dihadapan pesaingnya. Untuk rekod, Honda PCX dijual pada harga RM11,990.

Untuk tanggapan pertama, Yamaha NMax tampil dengan sangat meyakinkan dan memuaskan, baik di atas kertas mahupun pengalaman tunggangan yang ditawarkan. Adakah ia sesuai untuk perjalanan jauh? Dengan kuasa dan keselesaan yang ada, tentu saja boleh.

Agak menarik juga untuk mengetahui pengalaman sebenar pemilikannya (penggunaan minyak, kos penyelenggaraan dan lain-lain). Jika anda memiliki skuter ini, harap tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman anda bersama kami untuk manfaat bersama.

Galeri: Yamaha NMax

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Ahmad shair on Aug 02, 2016 at 6:43 am

    Ye saya telah memilikinye…mmg berbaloi bersama nmax

    Like or Dislike: Thumb up 32 Thumb down 3
  • nicestorybro on Aug 03, 2016 at 12:33 am

    nice write up, story telling compare than the previous ‘ayat bunga bombastik’ writeup. we want a clear, simple and compact content. kudos

    Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
  • jemey on Aug 17, 2016 at 6:21 pm

    bleh untuk perjalanan jauh x?..sya hari2 ulang blk keja lebih kurg 80km….motor ni sesuai x?..sbb sblm ni guna kapcai…ingt nk tukar yg lebih sng pemanduan mcm skuter..

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 5
  • azzet Sabree on Jan 16, 2017 at 12:43 am

    Saya juga pengguna Yamaha NMax , sepanjang pengunaan saya yang masih baru ni saya rasakan ok selesa n santai. Amat sesuai pada yang lebih menumpukan keselesaan.Dari segi tujahan terbaik ,Kalau kat lampu isyarat bertukar dari merah ke hijau .. jalan tu memang saya punya lah .. tu pun kalau tak ada superbike di sebelah. Biasalah 155cc ja pun. Tapi memang enjoy minyak jimat. Top speed kalau tak korek mampu takat 120km ka .. standard tetapan yamaha Malaysia. Kalau tanpa cut off , rata2 yang guna 140km blh cecah. Tapi nak ingatkan sikit la meter digital dia agak berat sikit.. org sblh 100km dah tapi you punya cuma 97km ja.speed tetap sama. Saya enjoy dengan motor baru sdaya

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
  • ezam kulay on Jun 04, 2017 at 1:51 am

    Just want to buy Yamaha Nmax before this Idul Fitri.. Hope worth it travelling from Rawang to Putrajaya everyday.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Syed Samad on Jun 15, 2017 at 4:36 pm

    comparing to pcx, which is better in riding, petrol usasge, and of course the price? boleh tuan tolong jelaskan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  • ironman on Mar 15, 2018 at 11:28 pm

    sy pun dah pakai. mmg berbaloi, minyak jimat walaupun cc besar berbanding moto kapcai yg lain.. long distance or short distance mana2 best, jgn igt moto besar mcmni susah nak menyelit dlm traffic jammed atau urban area, easy handling.. tp kalau tiap2 hari ulang alik long distance minyak enjin mau setiap bulan kena tukar. minyak gear every 5000km,tu xkira belting lg.. boleh la nak merasa pakai. haha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Alif Arof on Jun 05, 2018 at 2:55 pm

    Baru je ambil dari kedai. Moto OK, cuma suspension dia tu agak keras skit.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Nur Ismail on Oct 31, 2018 at 5:18 pm

    Saya ingat nak tukar motor, hari2 travel pegi keje 240 km (returned) .. Nampak motor ni macam ok, ada sapa2 tahu mahal tak maintenancenya?..belting berapa ribu km sekali
    kena tukar?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • 278km untuk satu tangki penuh.. wow.. berapa purata kelajuan kenderaan untuk dapatkan jarak sebanyak ini?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Sesuai ke penggunaan petrol ron 97 utk Nmax? Boleh bg pandangan tentang petrol yg sesuai utk penggunaan Nmax? Terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required