Program BMW Safety 360° dibawa ke Krista Education Bukit Antarabangsa dengan kerjasama PPBM

BMW 01

BMW Group Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) telah mengadakan program BMW Safety 360° di Krista Education cawangan Bukit Antarabangsa.

Program BMW Safety 360° adalah program yang dijalankan selama enam bulan dimana BMW Group Malaysia akan melawat pusat asuhan kanak-kanak (tadika) dan Montessori terpilih di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan sikap lebih bertanggungjawab serta menggunakan sistem keselamatan di dalam kenderaan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

Krista Education cawangan Bukit Antarabangsa, merupakan pusat pendidikan kedua yang telah dikunjungi oleh BMW Group Malaysia pada tahun 2016 untuk program BMW Safety 360° ini. Pada majlis satu hari tersebut turut dihadiri oleh keluarga daripada pusat Krista Education yang berada di sekitar Lembah Klang sempena rumah terbuka Hari Raya.

BMW 06

Berucap di majlis itu, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “Program BMW Safety 360° membuktikan komitmen kami untuk melihat aspek keselamatan dan tanggungjawab dari sudut teknologi, tingkah laku dan tindakan secara lebih menyeluruh.”

Jelas Ambi lagi, pada tahun pertama penganjuran program BMW Safety 360°, pihaknya memberi tumpuan kepada penunggang motosikal dan meminta mereka mendapatkan motosikal yang menawarkan teknologi terkini untuk perjalanan lebih selamat. Pada tahun kedua pula, BMW Group Malaysia mengangkat isu penggunaan tempat duduk kanak-kanak dan kepentingannya dalam memastikan mereka selamat di dalam kereta.

“Tahun ini, kami meneruskan usaha tahun lalu. Kami mahu berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ini kerana kami percaya mereka ialah golongan yang perlu diberi perhatian dalam isu-isu tentang keselamatan jalan raya, terutama yang berkait rapat dengan kanak-kanak di samping menitikberatkan kepentingan pemasangan tempat duduk keselamatan dengan betul ketika menaiki kereta,” kata Ambi.

BMW 02

Perunding Keselamatan Penumpang Kanak-kanak untuk PPBM, Dinas Elni Marini berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya merupakan salah satu penyebab utama kematian dan kecederaan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dalam keadaan kenderaan membelok dengan pantas, brek ditekan secara tiba-tba dan pelanggaran yang tidak dapat dielakkan, persoalannya, adakah anak akan selamat? Mereka mesti diletakkan di tempat duduk keselamatan yang dipasang dengan betul ketika menaiki kereta, walaupun untuk perjalanan yang dekat sahaja.”

Menggunakan tempat duduk kanak-kanak dan tali pinggang keledar yang sesuai dengan umur dan saiz mereka mampu mengurangkan risiko kecederaan serius dan kematian. Tempat duduk keselamatan kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan kanak-kanak 54% apabila digunakan dalam kenderaan penumpang. Sementara tempat duduk booster pula berupaya mengurangkan risiko kecederaan kanak-kanak berusia 4-8 tahun sehingga 45% berbanding hanya menggunakan tali pinggang keledar sahaja.

PPBM turut mengadakan demonstrasi teknologi ISOFIX yang menjadikan tempat duduk kanak-kanak menjadi sangat selamat. Selain menghilangkan risiko ia tidak dipasang dengan betul di dalam kenderaan.

BMW Group Malaysia akan meneruskan lawatan ke pusat asuhan kanak-kanak (tadika) dan Montessori terpilih pada bulan-bulan yang akan datang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required