GALERI: Honda CBR250RR dipamer di Litar Sepang

honda-cbr250rr-bm-8

Kami telah membawakan kepada anda sebelum ini pertemuan pertama dengan Honda CBR250RR dari acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2016, dan hujung minggu lalu, motosikal ini berada di Litar Antarabangsa Sepang, mengisi ruang di atas pentas ruang pameran Boon Siew Honda.

Pengeluaran motosikal ini menjadi bualan ramai kerana ia diangkat sebagai pengganti model CBR250R satu silinder sebelum ini dan memuatkan pelbagai naik taraf, antaranya seperti kawalan pendikit ride-by-wire, sistem suntikan bahan api PGM-FI dan juga pilihan tiga mod tunggangan.

Honda CBR250RR baru ini menggunakan enjin dua silinder selari 249.7 cc sejukan cecair, dengan lapan injap dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Perkara lain yang menarik adalah sistem suspensi CBR250RR ini menggunakan fork jenis terbalik di bahagian hadapan daripada Showa. Di belakang, penyerap hentak tunggal dengan lima pilihan kadar tampungan boleh laras melengkapi sistem suspensi keseluruhannya. Brek depan menggunakan kaliper dua piston sementara brek belakang hanya disertakan kaliper brek piston tunggal.

Indonesia adalah negara terawal di benua ini yang mendapat Honda CBR250RR dan di sana, ia dijual pada harga 63-68 juta Rupiah (RM19.5K – 21K) bagi model tanpa ABS, dan sekitar 69-74 juta Rupiah (anggaran RM21,500 hingga RM22,000) bagi model dengan ABS.

Sementara bagi pasaran Malaysia, wakil Boon Siew Honda memberitahu mereka berhadapan dengan cabaran yang tinggi, terutamanya bagi meletakkan harga yang berpatutan untuk membawa masuk CBR250RR ke Malaysia. Mereka sendiri masih tidak pasti sama ada motosikal ini akan masuk ke Malaysia atau tidak, hendak mengatakan tahun hadapan juga susah.

GALERI: Honda CBR250RR di GIIAS 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required