JPJ saman 1,288 kenderaan dalam Ops Puncak, 597 bagi Ops Bersepadu sempena Deepavali

jpj-roadblock-2-630x380

Sempena dengan Deepavali baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan Ops Bersepadu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Operasi itu dijalankan serentak di dua lokasi iaitu Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Mines, Besraya.

Menurut Pengarah Penguatkuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo, daripada 820 kenderaan yang diperiksa, sebanyak 597 saman telah dikeluarkan oleh pihaknya iaitu 187 saman melibatkan penunggang motosikal dan selebihnya membabitkan kenderaan lain, laporan Bernama.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah tidak memiliki lesen memandu yang sah, tidak mempunyai lesen kenderaan, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi dan pengubahsuaian motosikal. Malah sebanyak tiga motosikal turut disita manakala seorang penunggang motosikal ditahan kerana didapati positif dadah jenis ganja,” katanya.

Dalam masa yang sama, JPJ turut mengadakan Ops Puncak bermula 24 Oktober lalu di seluruh negara dan sehingga semalam sebanyak 1,288 kenderaan disaman atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan.

Menerusi operasi berkenaan, kebanyakan kenderaan melakukan kesalahan tersebut ketika waktu puncak antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi serta 5 petang hingga 7 malam.

Tambahnya lagi, “Operasi ini dilaksanakan di kawasan sesak di seluruh negara untuk memantau dan terus menyaman sebilangan mereka yang masih lagi menggunakan lorong kecemasan bagi tujuan yang tidak sepatutnya.”

Di mana JPJ telah mengambil tindakan serius terhadap kesalahan tersebut dan mahu mereka yang melakukan kesalahan dibawa terus ke mahkamah.

“Sempena musim perayaan ini, saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya mengikut peraturan dan tidak menyalahgunakan lorong kecemasan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required