Kia Picanto akan ditawarkan dengan pilihan enjin turbo 1.0 L, transmisi manual dan GT-Line di Eropah

Kia Picanto akan ditawarkan dengan pilihan enjin turbo 1.0 L, transmisi manual dan GT-Line di Eropah

Awal tahun ini, Kia ada mengeluarkan gambar untuk Kia Picanto generasi ketiga, dan kali ini, syarikat dari Korea itu menunjukkan pula model yang akan dijual di Eropah. Model ini hanya akan membuat penampilan awam pertama semasa Geneva Motor Show, dan akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk pilihan enjin.

Buat pertama kalinya, Picanto akan dikuasakan oleh enjin turbo, iaitu unit 1.0 liter T-GDI berkemampuan 100 PS dan 172 Nm, seterusnya menjadikan varian ini sebagai Picanto paling berkuasa pernah dijual. Walaubagaimanapun, pilihan enjin turbo ini hanya akan datang pada suku keempat tahun 2017 dan jualan akan dimulakan dengan pilihan dua enjin iaitu 1.0 liter MPI sama seperti model sebelum ini) berkuasa 67 PS dan 96 Nm, dan 1.25 liter MPI berkuasa 84 PS dan 122 Nm. Semua enjin ini ditawarkan dengan transmisi manual lima kelajuan manakala transmisi automatik ditawarkan untuk varian berenjin 1.2 MPI sahaja.

Saiz Picanto tidak banyak beza dengan model sebelum ini, tetapi ia mempunyai jarak roda lebih 15 mm, menjadi 2,400 mm, manakala badannya juga 5 mm lebih rendah. Kemudiannya, ia disalut dengan badan yang lebih ranggi, melihatkan di hadapan terdapat gril lebih lebar, lampu utama projection dengan penunjuk arah dan lampu siang LED serta bampar yang lebih agresif.

Buat pertama kali juga, Kia akan menawarkan Picanto dalam varian GT-Line, yang akan diserikan dengan kemasan berwarna merah, perak dan hitam pada bahagian gril, salur kemasukan udara sisi, side skirt dan bampar belakang manakala muncung ekzos pula diwarnakan krom.

Kia Picanto akan ditawarkan dengan pilihan enjin turbo 1.0 L, transmisi manual dan GT-Line di Eropah

Bahagian dalam Picanto yang kebanyakannya menggunakan warna gelap dan diserikan dengan kemasan merah mempunyai rekaan yang bertaraf tinggi bagi segmennya. Pada bahagian tengah papan pemuka terdapat skrin informasi dan hiburan 7 inci yang seakan terapung dan ia diambil daripada model Rio. Stereng pula menggunakan unit sama seperti Optima manakala suis-suis kawalan penghawa dingin juga direka lebih menyerlah, serta turut diberikan perehat tangan dengan ruang storan yang diletakkan di antara tempat duduk hadapan.

Selain jarak roda lebih panjang yang secara langsung juga memberikan kelebihan kepada stabiliti kenderaan, Kia turut memperbaiki suspensi Picanto, bersama anti-roll bar yang 2 peratus lebih tegar di hadapan dan 5 peratus di belakang. Nisbah stereng juga dipercepatkan supaya pemandu dapat menikmati pemanduan yang lebih memuaskan.

Picanto baru ini dibina atas platform baru yang lebih ringan dan kuat, dan ia ditambah baik lagi dengan sistem keselamatan termasuk enam beg udara secara standard, Vehicle Stability Management (VSM) dengan Electronic Stability Control (ESC), serta terbaru, Autonomous Emergency Braking (AEB). Harga untuk Picanto di Eropah masih belum dikeluarkan tetapi ia akan mula dijual pada suku kedua tahun ini bersama jaminan tujuh tahun, 150,000 km.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required