Skoda Vision E Concept – lukisan ruang dalam disiar

Skoda Vision E Concept – lukisan ruang dalam disiar

Setelah menunjukkan lukisan luar kenderaan elektrik konsep Vision E, Skoda kali ini mendedahkan pula bagaimana ruang dalam kenderaan itu akan kelihatan, sebelum ia membuat penampilan rasmi semasa Shanghai Motor Show yang akan berlangsung hujung April ini.

Boleh dilihat bahagian dalamnya cukup futuristik, dan sesuai dengan konsep maju kenderaan tanpa emisi dan pemanduan autonomous tahap 3 yang ditawarkan oleh kenderaan tersebut. Terdapat empat tempat duduk berasingan yang boleh dipusing dan ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna serta memudahkan keluar/masuk ke dalamnya.

Selain skrin sesentuh digital pada bahagian tengah papan pemuka yang dilengkapi dengan sistem hubungan Skoda Connect System, terdapat juga dua unit skrin yang lebih ke hadapan dan terletak lebih ke atas, untuk memaparkan pelbagai informasi berkenaan kenderaan ini.

Bagi penumpang di belakang, mereka mempunyai skrin sendiri di belakang penyandar kerusi hadapan. Selain melalui sentuhan, skrin ini juga boleh dikawal melalui satu lagi skrin yang terletak di perehat tangan antara dua tempat duduk belakang tersebut.

Skoda Vision E Concept – lukisan ruang dalam disiar

Selain itu, pada setiap pintu terdapat kotak yang disepadukan, dan ia boleh mgencas telefon secara induktif. Setiap skrin untuk penumpang ini juga boleh dihubungkan dengan telefon yang berasingan, seterusnya memberikan operasi yang lebih personal.

Bagi memberi rasa yang leih menyenangkan dan unik, kenderaan ini mempunyai lampu suasana yang dipilih dalam 10 warna dan ia terletak sepanjang bawah papan pemuka serta pintu. Terpulang kepada pengguna untuk memilih warna apa yang digemari.

Visio E dikuasakan oleh sepasang motor elektrik, iaitu satu untuk setiap gandar dan ia memberikan jumlah kuasa keseluruhan sebanyak 302 hp (225 kW) dan boleh bergerak dengan kelajuan sehingga 180 km/j. Menurut Skoda, kenderaan ini boleh bergerak sehingga jarak 500 km hasil daripada penggunaan bateri lithium ion dan sistem penjanaan semula kuasa.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required