Perodua Bezza baru sahaja dilancarkan tidak sampai satu tahun, dan kini sudah ada sedikit facelift tersedia untuknya. Mungkin juga boleh dipanggil sebagai tail-lift, kerana gambar yang kami terima dari pembaca bernama Ibrahim Ismail ini menunjukkan sebegitu.
Semasa dilancarkan, Bezza melihatkan penggunaan bampar belakang yang tirus, yang sekaligus, apabila dilihat oleh orang yang memandu di belakang, boleh menampakkan bahagian bawah kenderaan tersebut, termasuk sistem gantungan serta besi torsion beam yang boleh menyakitkan mata.
Nampaknya, Perodua sedar perkara itu, dan gambar yang diperolehi ini menunjukkan ia menggunakan bahagian yang lebih labuh, dan diwarnakan sama seperti warna badan. Walaupun begitu, kami masih belum dapat mengetahui bagaimana ia akan kelihatan secara keseluruhannya kerana tiada gambar penuh.
Selain daripada itu, tiada penunjuk untuk pembaharuan lain, tetapi, satu gambar bahagian dalam varian Advance ini menunjukkan terdapat butang pengawal pendingin hawa yang mempunyai kemasan krom (sebelum ini berwarna perak), dan sekaligus menaikkan seri dalaman kereta ini.
Kelengkapan lain juga boleh dijangka masih sama, dengan model Advance ini akan dilengkapi barangan seperti rim aloi 14 inci, sistem kemasukan tanpa kunci, butang pemula, ciri start/stop, tempat duduk kulit, pengelap cermin sensitif kepada kelajuan, pengesan jarak depan dan belakang, skrin sesentuh dengan sambungan Bluetooth, Smart Link dan screen mirroring (Android sahaja), dan kamera undur.
Untuk aspek keselamatan, semua varian Bezza sepatutnya dikekalkan dengan beg udara berkembar, ABS, EBD, cagak ISOFIX, dan Vehicle Stability Control (VSC) untuk model Advance. Begitu juga dengan enjin, iaitu pilihan unit tiga silinder 1.0 liter 1KR-VE 67 hp/ 91 Nm, dan empat silinder 1.3 liter 1NR-VE 94 hp/ 121 Nm, serta padanan sama kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.
GALERI: Perodua Bezza Advance
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
lagi satu..kata org dlm perodua seat belakang akn dicondongkan sikit supaya selesa….katanya la..x tau la btul ke tak…
bezza nie nmpak cantik, kemas luar dan dalam…tpi stu je tmpt dduk belakng knpe mcm tengak? klau condongkan sedikit bru nmpk mcm selesa..