Proton memperkenalkan kempen Amazing 5 Value

Proton memperkenalkan kempen Amazing 5 Value

Mulai 1 April 2017 lalu, Proton telah memperkenalkan kempen Amazing 5 Value iaitu Perkhidmatan 5-tahun Percuma yang termasuk dengan alat ganti, pelincir dan caj buruh. Di mana para pelanggan tidak perlu bimbang tentang perkhidmatan berkala dan kos penyelenggaraan untuk lima tahun. Malah alat ganti tulen dan caj pekerja untuk perkhidmatan penyelenggaraan berkala seperti tertera pada buku panduan/perkhidmatan Proton turut dilindungi di bawah tawaran ini.

Selain itu, ia turut menawarkan waranti lima-tahun atau 150,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu), bagi pemilikan tanpa kebimbangan.

Bukan itu sahaja, untuk model terpilih, ia turut menawarkan penarafan lima-bintang yang merupakan penarafan keselamatan tertinggi. Malah ia juga terbaik bagi nilai untuk wang, keselamatan, ketenangan fikiran dan pemanduan yang menyeronokkan. Selain turut memberikan pengalaman pemilikan istimewa kepada pemilik Proton baharu.

Tawaran yang hanya sah sehingga 30 April ini, melibatkan semua model Proton iaitu Saga, Iriz, Persona, Ertiga, Exora, Preve, Suprima S dan Perdana.

Proton memperkenalkan kempen Amazing 5 Value

Bukan itu sahaja, Proton turut meneruskan kempen Pandu Uji dan Menang sejak 1 Mac lalu yang berlangsung sehingga 31 mei ini. Menawarkan habuan menarik iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 untuk pemenang bulanan dan baucer tunai pula menanti bagi pemenang mingguan, apa yang perlu anda lakukan hanya mudah.

Berkunjung ke bilik pameran Proton berhampiran, pandu uji mana-mana model baharu sepanjang tempoh kempen ini. Kemudian isi borang yang disediakan dan kongsikan pendapat anda mengenai model Proton yang dipandu uji. Pendapat yang paling bernas mungkin akan melayakkan anda sebagai pemenang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi Customer Care di talian 1800 888 398, e-mel [email protected], www.facebook.com/ProtonCarsOfficial atau instagram@ProtonCars. Bagi kemudahan tambahan, muat turun aplikasi MyProton yang boleh didapati pada Google Play dan Apple App Store.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required