Apple beri tumpuan bangunkan sistem autonomous

Apple beri tumpuan bangunkan sistem autonomous

Minggu lalu, CEO Apple, Tim Cook menghuraikan tentang rancangan syarikat itu untuk sektor automotif. “Kami sedang memberi tumpuan terhadap sistem autonomous. Ia merupakan teknologi teras yang kami lihat sebagai sangat penting,” jelas Cook dalam satu wawancara dengan Bloomberg, dan menambah; “Mungkin ia satu daripada projek AI yang paling sukar.”

Syarikat yang berpusat di Palo Alto, Califronia itu sebelum ini ada rancangan untuk membangunkan kereta sendiri, walaupun kemudiannya di batalkan untuk memberi laluan dan menumpukan perhatian ke arah pembangunan teknologi autonomous. Apple secara drastik memansuhkan Project Titan, dengan sebahagian besar daripada 1,000 tenaga kerja untuk projek kereta itu ditugaskan semula, diberhentikan atau berhenti secara sukarela menjelang Oktober tahun lalu.

Dimulakan sejak 2014, Project Titan merupakan benih kepada impian Apple untuk meninggalkan jejak tersendiri dalam pasaran automotif, dengan matlamat yang sama syarikat itu lakukan terhadap pasaran telefon pintar ketika ia memperkenalkan iPhone pertama ada 2007. Bagaimanapun, sejak 2015, perkembangan projek berkenaan terbantut disebabkan kesamaran hala tuju.

Bob Mansfield, pembangun iPad dan warga paling lama di dalam Apple mengambil alih kendalian program berkenaan pada 2016, dan sebulan kemudian mengumumkan perubahan strategi; dia menjelaskan Apple perlu beralih kepada membangunkan platform dan sistem autonomous dan bukannya menjadi pesaing Tesla – langkah ini menyebabkan ramai staf yang angkat kaki.

Cook setakat ini masih belum mahu mendedahkan adakan Apple akan mengeluarkan kereta sendiri nanti. “Kami akan lihat ke mana langkah ini akan membawa kami. Ketika ini, matlamatnya adalah untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sistem autonomous dan bukannya untuk menghasilkan kenderaan,” tambah beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required