Kerajaan masih kaji kaedah terbaik penetapan harga siling bahan api, mungkin diumumkan secara harian

Kerajaan masih kaji kaedah terbaik penetapan harga siling bahan api, mungkin diumumkan secara harian

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berunding dengan Kementerian Kewangan serta pengusaha stesen minyak bagi mendapatkan kaedah baharu berhubung mekanisme penetapan harga bahan api utama di negara ini.

Menurut menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, disebabkan harga bahan api terus menurun dalam beberapa minggu ini, para pengusaha stesen minyak menghadapi tekanan.

“Justeru, saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani serta pengusaha berkenaan. InsyaAllah, menjelang minggu depan, akan terdapat sesuatu untuk setiap pihak,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama.

Katanya lagi, kaedah ini akan ditentukan agar ia dapat membantu rakyat dan serentak itu menunjukkan bahawa industri berkenaan boleh diliberalkan dan mungkin pada masa hadapan, penetapan harga secara harian mungkin akan dilaksanakan.

Penetapan harga mingguan petrol dan diesel oleh kerajaan pertama kali diperkenalkan pada 29 Mac dan pada setiap Rabu, pengumuman harga baharu minyak dibuat. Harga itu berkuat kuasa selepas tengah malam. Mekanisme ini membolehkan pengguna menikmati harga runcit yang lebih stabil berbanding penetapan harga bulanan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • carrezeo on Jul 05, 2017 at 11:47 am

    Sudah2lah kerajaan. Jangan lah nak mengarut2 nak taruk harga bahan api secara harian pulok. Ni sume gara2 nak memenohkan kocek kroni kroni menteri la ni. Negara lain tak ada pulok nak buat perubahan harge petrol setiap minggu.Otak2 menteri ni dah tersumbat ngan dedak barangkali.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required