SPYSHOT: Bentley Bentayga plug-in hybrid kini diuji

SPYSHOT: Bentley Bentayga plug-in hybrid kini diuji

Kenderaan yang anda lihat di dalam gambar ini, walaupun sebenarnya nampak seperti Bentley Bentayga biasa, ia sebenarnya adalah versi plug-in hybrid berdasarkan adanya satu lagi penutup seperti tempat mengisi minyak di bahagian sisinya. Tempat mengisi minyak berada di bahagian yang bertentangan.

Menurut jurugambar risikan kami, unit ujian ini dikenal pasti oleh Agensi Perlesenan Pemandu dan Kenderaan (DVLA) United Kingdom dengan menggunakan enjin 2,995 cc. Ini boleh membawa makna ia menggunakan padanan enjin V6 3.0 liter TFSI dan motor elektrik bersepadu di dalam transmisi seperti pada Audi A8 2018 dan mempunyai kuasa 449 hp/ 700 Nm. Pada Audi A8 baru, sumber kuasa ini mampu memberikan jarak pergerakan elektrik 50 km.

Apabila tiba di pasaran nanti, model elektrik ini dijangka membawa kesinambungan daripada model Bentley Three Litre yang pernah diperkenalkan pada tahun 1920, dan merangkul juara dalam perlumbaan Le Mans pada tahun 1924. Pada masa ini, enjin paling kecil yang digunakan pada Bentayga adalah berkapasiti 4.0 liter V8, diesel dengan kuasa 435 PS dan 900 Nm tork.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required