Subaru BRZ STI Sport akan dilancarkan di Tokyo Motor Show 2017- edisi istimewa 100 unit sahaja

Subaru BRZ STI Sport akan dilancarkan di Tokyo Motor Show 2017- edisi istimewa 100 unit sahaja

Satu lagi model Subaru yang khabarnya bakal dipertontonkan dan dilancarkan di Tokyo Motor Show hujung Oktober ini. Model yang dianggap sebagai edisi istimewa, Subaru BRZ STI Sport, ini adalah terhad sebanyak 100 unit sahaja.

Apa yang istimewanya, ia didatangkan dengan warna badan luaran yang khas, Cool Grey Khaki, dan perincian lain serta harganya hanya akan didedahkan pada bulan hadapan.

BRZ STI Sport ini disasarkan mampu “memberikan keseronokan dalam pemanduan” dan “pengendalian tulen yang sejati”, diolah dengan beberapa perubahan bagi pengendalian yang lebih baik. Malahan ketegaran badannya juga telah ditambahbaik serta menerima talaan suspensi yang eksklusif.

Bukan itu sahaja, difahamkan, jentera kegilaan ramai ini juga menerima beberapa penambahan bagi luaran dan dalaman yang mampu menyerlahkan lagi gayanya. Seperti mana yang dapat dilihat menerusi foto ini, ia ditampilkan dengan roda aloi dengan rekaan baharu, cermin sisi dan antena ‘sirip jerung’ yang dicat dengan warna hitam, serta rear wing yang cukup mampu menonjolkan imej rangginya.

Bagi mekanikalnya, enjin boxer 2.0 liter empat-silinder masih digunapakai seperti mana model BRZ yang lain. BRZ edisi istimewa yang terhad ini juga akan berkongsi pentas pameran dengan model konsep Subaru Viziv selain WRX STI S208 di Tokyo Motor Show 2017 ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required