Model konsep Subaru Viziv akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2017 – WRX generasi baharu?

Model konsep Subaru Viziv akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2017 – WRX generasi baharu?

Pada Tokyo Motor Show tahun ini yang dijadualkan bakal berlangsung Oktober nanti, Subaru bakal memperkenalkan sebuah model konsep sedan berprestasi tinggi yang digelar Subaru Viziv Performance Concept.

Model berkenaan dihasilkan dengan falsafah rekaan “Dynamic X Solid” Subaru yang baharu dan bakal menampilkan teknologi bantuan pemanduan terkini yang diterajui oleh sistem bantuan Subaru EyeSight. Tiada perincian lain yang dinyatakan, namun pada imej teaser yang disiarkan, model ini bakal diberikan rupa yang agresif dengan ‘bubble arch‘ pada setiap ruang roda (inspirasi dari model lagenda Impreza 22B?).

Imej teaser berkenaan turut mendedahkan model ini akan diberikan lampu hadapan bersama jalur LED, skup udara besar pada bonet serta spoiler belakang yang agak menyerlah. Berdasarkan DNA-DNA tersebut tidak mustahil model konsep ini merupakan sedan berprestasi tinggi Subaru WRX generasi baharu apabila dijelmakan dalam bentuk produksi nanti.

Model konsep Subaru Viziv akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2017 – WRX generasi baharu?

Subaru Impreza generasi kelima sudah pun membuat kemunculan sulungnya pada Mac tahun lalu, namun menurut Subaru versi WRX dan WRX STI berdasarkan platform baharu berkenaan hanya akan tampil tiga tahun kemudian. Tempoh tiga tahun ini juga cukup untuk menjelmakan sebuah model konsep kepada model produksi bukan?

Selain dari model konsep ini, Subaru turut bakal mendedahkan model lain ketika berlangsungnya TMS 2017. Antaranya ialah model edisi terhad yang hanya dihasilkan 450 unit STI S208 yang diasaskan dari WRX STI sedia ada, dan juga BRZ STI Sport Cool Grey Khaki edition yang hanya dibuat sebanyak 100 unit.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required