Lamborghini kekalkan enjin V10 dan V12, tanpa bantuan turbo dan supercharger serta motor elektrik

Lamborghini kekalkan enjin V10 dan V12, tanpa bantuan turbo dan supercharger serta motor elektrik

Ketika era enjin yang sangat efisien buat masa sekarang, atas bantuan induksi paksaan seperti turbo dan supercharger, serta teknologi motor elektrik yang membekalkan tork segera, Lamborghini mengisytiharkan mereka akan tetap dengan gaya ‘old school‘ menggunakan enjin V10 dan V12 berkapasiti besar bagi memberikan sensasi pemanduan supercar tulen bagi mengekalkan namanya dalam pasaran, lapor Autocar.

“Impian saya adalah untuk mengekalkan enjin NA selama yang boleh. Ia merupakan sebuah emosi dalam sesebuah kereta sport super,” kata ketua pembangunan Lamborghini Maurizio Reggiani. Setakat ini, jenama ikonik dari Itali berkenaan masih lagi belum menggunakan sistem turbo dan juga supercharger, serta teknologi elektrik bagi sistem janakuasa di model Aventador dan Huracan masih lagi dijana enjin V12 dan V10 NA.

Menurut Reggiani, Lamborghini mengambil kira elemen rekaan, emosi dan juga prestasi dalam setiap kereta baharunya. “Kami kemudiannya cuba untuk menjelmakan ia kepada bentuk yang lebih saintifik, menjadikan ia benda ‘fizikal’ bagi membolehkan anda membandingkannya dengan kereta lama kami atau kereta dari pihak lawan,” jelasnya.

Lamborghini kekalkan enjin V10 dan V12, tanpa bantuan turbo dan supercharger serta motor elektrik

“Nilai jenama adalah sesuatu, untuk Lamborghini, ia penuh dengan emosi. Jika kami tidak mampu untuk menjadi emosional, tiada sebab untuk membeli Lamborghini. Masa hadapan perlu mempunyai keghairahan. Jenama kami pada masa hadapan perlu membuatkan orang untuk bermimpi berkenaan bunyi, kelajuan, pecutan dan rekaan,” kata Reggiani.

Walau bagaimanapun, Lamborghini tidak boleh mengelak untuk menggunakan teknologi-teknologi tersebut secara keseluruhan. SUV Lamborghini akan datang yang digelar Urus, bakal dilengkapi peralatan-peralatan terkini berkenaan. Urus akan dijana enjin V8 4.0 liter turbo berkembar, dan dijangka bakal diberikan varian elektrik sepenuhnya (EV) dan juga plug-in hybrid (PHEV).

Ini kerana Lamborghini kini di bawah naungan Volkswagen Group dan pembinaan Urus dikaitkan dengan Porsche. SUV tersebut akan direka menjadi “sebuah Lamborghini sebenar ketika dipandu”, sementara Huracan dan Aventador masih lagi wujud dalam bentuk yang digemari oleh purist jenama tersebut buat masa sekarang.

Lamborghini bimbang akan faktor berat untuk model-modelnya pada masa akan datang kerana berat dari bateri untuk sistem janakuasa elektrik dan juga undang-undang keselamatan yang kini semakin ketat. Menurut Reggiani, perkara ini akan menjadikan kereta mereka lebih lebar menjelang 2019 kelak. Buat masa ini, jenama tersebut sedang bekerjasama dengan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Boston bagi menghasilkan material lebih ringan, dan juga sumber kuasa alternatif serta sistem simpanan bateri.

Lamborghini kekalkan enjin V10 dan V12, tanpa bantuan turbo dan supercharger serta motor elektrik

“Saya bimbng mengenai bateri dan juga perkara lain yang akan meningkatkan berat. Jurutera-jurutera kami sedang bekerja keras bagi mencari teknologi baharu untuk jalan penyelesian tanpa menambah berat. Ia merupakan tugas yang sukar. Kami perlu solusi dan idea pintar,” kata Reggiani lagi.

Justeru, Reggiani berharap enjin NA V10 dan V12 akan bertahan dalam pasaran selama yang boleh. “(Enjin NA) adalah sebahagian dari DNA kereta sport-super. Tiada enjin yang boleh memberikan emosi, respon, bunyi sepertinya. Ia unik – dan ini menjadikan perbezaan untuk Lamborghini buat masa sekarang,” katanya.

Mengulas mengenai kereta-kereta hyper yang direka berdasarkan kereta lumba sebenar dan dihasilkan secara terhad seperti Mercedes-AMG Project One, Reggiani mendakwa Lamborghini yang memulakan semua ini dengan Reventon. ” Kami yang cipta kereta sedemikian. Kami tidak mahu mengikut apa yang orang lain buat. Apa yang Lamborghini akan teruskan adalah untuk menghasilkan siri model sangat terhad untuk pelanggan paling eksklusif yang juga bertindak sebagai kereta ujian bagi model-model akan datang,” kata Reggiani terhadap model seperti Veneno.

GALERI: Lamborghini Aventador S di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required