VIDEO: Audi sifatkan pemandu cuai sebagai ‘badut’ sambil tunjuk fungsi sistem bantuan pemanduan

Jika kita seorang pemandu yang sangat berhati-hati, tidak mustahil kita juga akan terlibat dengan kemalangan kerana kecuaian orang lain. Ini antara faktor mengapa pembuat-pembuat automotif sekarang menumpukan perhatian mereka bagi menghasilkan teknologi-teknologi bantuan pemanduan atau sistem keselamatan aktif yang mampu mengelakkan kemalangan, berbanding sistem keselamatan pasif yang melindungi penumpang semasa kemalangan.

Bagi mendemonstrasikan sistem-sistem keselamatan aktif yang dipadankan pada kenderaannya, Audi menghasilkan sebuah video baharu menunjukkan ketika bila sistem-sistem berkenaan berfungsi. Apa yang menarik, pengeluar kenderaan dari Jerman berkenaan begitu sarkastik dengan menyifatkan pengguna-pengguna jalan raya yang cuai dan mementingkan diri sendiri sebagai ‘badut’.

Antara adegan-adegan yang ditunjukkan dalam video tersebut adalah bagaimana brek kecemasan automatik diaktifkan bersama pengesan lintasan trafik belakang dan brek kecemasan automatik diaktifkan sekali lagi apabila kereta badut hilang kawalan semasa cuba memakai lipstik ketika memandu menerusi sistem Presafe.

Video ini juga memaparkan bagaimana sistem Bantuan Pengelak Pelanggaran (Collision Avoidance Assist) yang memberikan panduan kepada pemandu untuk mengelakkan kemalangan dari terjadi akibat bas yang dipandu oleh badut yang ingin menukar lorong tanpa melihat cermin sisi.

Tidak ketinggalan, aksi badut bermotosikal yang membuat pelbagai aksi berbahaya di atas jalan raya, serta badut yang memandu sambil menggunakan telefon juga dipaparkan dalam video ini. Kesimpulan yang ‘makan dalam’ dari iklan baharu Audi ini, adakah anda ada buat sebarang tindakan yang menyerupai ‘badut-badut’ yang ditunjukkan tersebut?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required