Mazda naikkan produksi CX-5, mula dipasang di Hofu

Mazda naikkan produksi CX-5, mula dipasang di Hofu

Mazda telah mengumumkan produksi bagi generasi kedua CX-5 telah pun dimulakan di Kilang No.2 Hofu di Yamaguchi. Pemasangan di Hofu menyertai proudksi semasa bagi crossover segmen-C di Hiroshima, yang bermula sejak November tahun lalu. Malah kedua-dua kilang Hofu dan Hiroshima turut memproduksikan CX-3.

Syarikat ini juga berkata produksti tambahan adalah diperlukan bagi memenuhi permintaan global terhadap kenderaan ini. Malah ia juga adalah sebahagian daripada pertambahan jumlah bagi pengeluar auto ini untuk mencapai sasaran jualan global iaitu sebanyak 1.65 juta unit menjelang pelan perniagaan tiga tahun Peringkat Pembaharuan Struktur yang dilancarkan pada tahun kewangan lalu.

CX-5 juga dipasang di China dan Malaysia, iaitu di kilang Inokom di Kulim, Kedah, dengan produksi masa kini untuk pasaran tempatan, dan dieksport ke Thailand. Malah ia juga akan dikembangkan untuk pasaran eksport ke Filipina, Indonesia, Kemboja dan Myanmar.

Mazda CX-5 2017 telah pun dilancarkan di Malaysia, iaitu versi pemasangan tempatan (CKD) dengan menawarkan lima varian (dua diesel, tiga petrol), harga dari RM134k ke RM175k.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required