Honda HR-V dalam imej render – gril, lampu LED baru

Honda HR-V dalam imej <em>render</em> – gril, lampu LED baru

Diam tak diam, sudah hampir tiga tahun usia Honda HR-V dalam pasaran; model ini diperkenalkan di Malaysia pada Februari 2015. Minggu lalu, unit yang dipercayai versi terbarunya dilihat sedang diuji di Petaling Jaya. Ini memberi isyarat bahawa versi facelift akan muncul tak lama lagi.

Berdasarkan gambar-gambar berkenaan, Indonesia Automotive Design terus menghasilkan sebuah rekaan digital dan mencadangkan bagaimana penampilan HR-V baru berkenaan. Dan, hasilnya tidak mengecewakan. Perubahan paling ketara yang dilakukan ialah pada rekaan lampu utama, kini dengan reflektor LED, yang pertama kali ditawarkan pada Civic varian tertinggi, serta pada Accord dan City facelift.

Turut diambil dari Civic ialah unsur jalur krom dari hujung ke hujung seperti yang terdapat dibahagian depannya, menjadikan lampu utama nampak lebih “kurus”. Begitu juga dengan grilnya, dengan material tunggal berbanding versi plastik-krom yang digunakan sekarang. Ini diteruskan dengan enam jalur di bawahnya untuk memberikan kesan visual yang segar.

Secara keseluruhannya, apa pandangan anda tentang rekaan imej digital ini? Adakah penampilannya lebih menarik berbanding model sedia ada atau sebaliknya?

Honda HR-V Ruby Red

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required