SPYSHOT: Honda HR-V facelift 2018 dilihat sedang diuji di Malaysia – bakal diperkenalkan tidak lama lagi?

SPYSHOT: Honda HR-V <em>facelift</em> 2018 dilihat sedang diuji di Malaysia – bakal diperkenalkan tidak lama lagi?

SUV segmen-B antara yang paling popular di Malaysia – Honda HR-V – telah di kesan diuji dalam versi facelift 2018 berhampiran Digital Mall PJ. Setakat ini belum ada lagi berita berkenaan versi tingkat taraf tersebut pada mana-mana pasaran lain di dunia, dan berkemungkinan Malaysia akan menjadi antara negara yang terawal menerima model ini.

Menerusi gambar yang diambil oleh pembaca kami Syazwan Ali ini, HR-V nampaknya bakal diberikan gril hadapan yang lebih menyerlah, berkemungkinan diinspirasikan dari Honda Civic FC, seperti yang dibuat pada City facelift. Bahagian bawah bampar juga kelihatan dirombak semula bagi menempatkan lampu kabus serta perumah yang lebih besar, manakala gril bawah berkenaan juga nampak seperti ditukar dengan elemen rekaan melintang berbanding sarang lebah pada versi sedia ada.

SPYSHOT: Honda HR-V <em>facelift</em> 2018 dilihat sedang diuji di Malaysia – bakal diperkenalkan tidak lama lagi?

Bahagian belakang SUV ini nampaknya dibalut menggunakan pelekat penyamaran pada kawasan yang agak besar. Menerusi sedikit bahagian lampu yang terdedah, nampak seperti rekaan tersebut tidak mengalami apa-apa perubahan pada elemen grafik, namun berkemungkinan besar perubahan akan dilakukan pada kemasan pada pintu tailgate belakang.

HR-V mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015 dan kali terakhir Honda membuat sedikit perubahan pada SUV ini pada Mei tahun lalu dengan hanya melibatkan rim dan juga warna badan baharu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required