GALERI: Nissan Leaf 2018 dipamerkan di Singapura

GALERI: Nissan Leaf 2018 dipamerkan di Singapura

Nissan Leaf serba baharu turut dipamerkan di Singapore Motor Show 2018 baru-baru ini, dan ia dijangka akan dilancarkan di Malaysia tahun ini. Kenderaan elektrik generasi kedua ini pertama kali dipertontonkan di peringkat global pada September 2017, turut menampilkan rekaan dan teknologi baharu yang lebih berdinamik.

Unit yang dipamerkan ini dibawa terus dari Jepun hanya untuk tontonan umum sepanjang acara tersebut, malah terpampang pelekat ia bukan untuk dijual dalam bahasa Jepun. Di negara asalnya, Leaf ditawarkan pada harga 3,150,360 yen (RM112,625).

Motor elektrik telah diberi penambahbaikan berbanding model generasi pertama, kini mampu menghasilkan 38% lebih kuasa dan 26% lebih tork, pada 110 kW (148 hp) dan 320 Nm. Ia juga menggunakan bateri lithium-ion 40 kWh berkapasiti tinggi bagi menambahkan lagi kuasa pacuan elektrik sehingga 378 km (mengikut kitaran NEDC). Sebagai perbandingan, Leaf terdahulu menggunakan bateri 30 kWH yang mampu dipacu sehingga jarak 250 km.

Lain-lain aspek termasuklah mempertingkatkan lagi gaya EV. Leaf baharu ini juga menggabungkan elemen daripada IDS Concept dan March bagi menjadikan ia lebih berketerampilan. Lain-lain elemen yang turut ditampilkan termasuklah gril signitur V-Motion, lampu signitur “boomerang” dan gaya “bumbung terapung”.

Di dalamnya, segala informasi pemanduan dan penjana kuasa elektrik dipaparkan di paparan instrumen tunggal berbanding skrin dua-tingkat yang ada pada generasi pertama. Manakala corong pendingin hawa, sistem infotainmen dan suis kawalan suhu juga tidak lagi terletak pada bahagian tengah yang nampak seakan “terapung” itu.

Butang push start juga telah dilokasikan di bawah kawalan suhu, iaitu di atas tuil gear. Kawalan untuk parkir automatik dan fungsi e-Pedal juga diletakkan berdekatan, yang membenarkan pemanduan satu-pedal. Sistem ProPILOT ciptaan Nissan juga ditampilkan, bersama keupayaan pemanduan-sendiri.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required