Mercedes-Benz bina kilang bateri hibrid di Thailand

Mercedes-Benz bina kilang bateri hibrid di Thailand

Mercedes-Benz akan menjadi jenama pengeluar kenderaan pertama di Thailand untuk mengeluarkan bateri hibrid di sana. Pengeluar dari Jerman itu akan menetapkan asas bagi kilang pengeluaran bateri hibrid berkenaan bulan ini, dan akan mula beroperasi di dalam tahun ini juga selepas itu, seperti yang dilaporkan Bangkok Post.

Kilang bateri baru itu akan terletak dilokasi kilang pemasangan sedia ada Mercedes-Benz di Samut Prakan. Bateri lithium-ion yang dihasilkan akan digunakan untuk model-model PHEV jenama itu yang dipasang di Thailand, seperti C 350e, E 350e, S 500e dan SUV GLE 500e.

Sebagai perancangan masa depan, kilang itu nanti juga akan membuat bateri untuk kenderaan elektrik sepenuhnya, menurut laporan yang sama. Sumber berkata, kilang berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran 5,000 unit, dan boleh digandakan bergantung kepada permintaan.

Januari lalu, Presiden dan CEO Mercedes-Benz Thailand, Michael Grewe mengumumkan syarikat itu telah memohon bagi mendapatkan keistimewaan terhadap kategori kenderaan PHEV dan EV sepenuhnya di sana melalui Lembaga Pelaburan Thailand (BoI).

Satu lagi jenama premium dari Jerman, BMW turut memasang dan menjual kenderaan PHEV di Thailand, juga mempunyai perancangan yang sama untuk menghasilkan pengeluaran tempatan bagi bateri hibrid – dijangka akan dilakukan tahun hadapan.

Sejak beberapa tempoh kebelakangan ini, Thailand berusaha keras untuk menarik minat pengeluar kenderaan untuk membina dan memasang model-model hibrid, PHEV dan EV di negara itu. Tahun lalu, BoI meluluskan keistimewaan ke atas pengeluar kenderaan bagi tujuan itu.

Pendahulu pasaran, Toyota merupakan syarikat pertama yang memohon untuk menerima keistimewaan BoI berkenaan bagi kategori kenderaan hibrid, dan akan menjadi yang pertama mengeluarkan model kenderaan bari di bawah skim berkenaan melalui Toyota C-HR Hybrid, dalam bulan ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required