BMW Australia desak ibu pejabat hasilkan trak pikap untuk bersaing dengan Mercedes-Benz X-Class

BMW Australia desak ibu pejabat hasilkan trak pikap untuk bersaing dengan Mercedes-Benz X-Class

Australia merupakan negara yang terkenal dengan pasaran trak pikap yang begitu kompetitif sehingga Proton sendiri mampu untuk memasarkan model Arena (dikenali sebagai Jumbuck di sana) di negara tersebut. Dikenali sebagai segmen ‘ute’ (singkatan dari utiliti coupe), membuatkan kebanyakkan pengeluar hadir dengan model trak pikap untuk ditawarkan pada pasaran negara kanggaru berkenaan.

Dengan pengenalan trak pikap Mercedes-Benz X-Class dan ia dijangka bakal mendarat ke Australia tahun ini, divisi BMW di negara tersebut nampaknya tidak senang hati. Menurut boss BMW Australia, Marc Werner, ketika bercakap kepada CarAdvice, syarikatnya pasti menyesal sekiranya tidak mengambil kisah trend pasaran.

Oleh itu BMW Australia akan mendesak ibu pejabatnya di Jerman untuk menghasilkan model untuk segmen ute ini, memandangkan pasaran tersebut tiada tanda-tanda untuk menurun. “Kami tidak boleh menutup mata dan tidak mengendahkannya, kami tidak boleh untuk tidak mengendahkan trend pasaran,” tegas Werner.

“Kami telah begitu mendesak berkenaan ute atau pikap, dan kami percaya ini merupakan sesuatu yang syarikat perlu lihat,” kata Werner. Menurutnya lagi, ibu pejabat BMW terus menjalankan penyelidikan selepas pihaknya menyuarakan isu ini, namun ia masih terlalu awal untuk memperkatakan berkenaan hasil analisis tersebut.

BMW Australia desak ibu pejabat hasilkan trak pikap untuk bersaing dengan Mercedes-Benz X-Class

Ute atau trak pikap merupakan kategori paling cepat berkembang di Australia dan telah mendominasi pasaran seperti Thailand. Jadi sekiranya X-Class mula dipasarkan di Australia kelak, ia pasti menjejaskan peluang BMW untuk mengatasi jumlah jualan Mercedes-Benz, dan model berkenaan sudah tentu akan menguasai pasaran trak pikap mewah di negara tersebut.

“Jika anda lihat pada pasaran sekarang, lebih dari 150,000 unit ute [dijual tahun lalu], dari sejumlah 1.1 juta kereta yang terjual keseluruhan dan saya rasa segmen tersebut telah berkembang sehingga 17 peratus tahun lalu,” kata Werner.

Werner turut mengimbas semula pertikaian terhadap model X5 pada tahun 1999 dahulu dan kemudiannya model-model SUV dengan lencana X kini menyumbangkan jumlah majoriti dalam jualan BMW di seluruh dunia.

“Akhirnya, kita perlu mengambil kira apa yang pelanggan dan konsumer mahu – dan persoalan adakah ia sesuai dengan DNA BMW dan janji jenama BMW itu sendiri atau adakah kami terlalu mengembangkan jenama ini, itu merupakan persoalan utama yang perlu dijawab.

“Namun dari persepktif kejuruteraan sebenar, semuanya adalah tidak mustahil. Persoalannya apa yang diwakili jenama itu dan sejauh mana anda mahu mengembangkannya,” jelas Werner.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required