Mercedes-Benz X350d 4Matic didedahkan secara rasmi – trak pikap turbodiesel 3.0L V6, 258 hp/550 Nm

Mercedes-Benz X350d 4Matic didedahkan secara rasmi – trak pikap turbodiesel 3.0L V6, 258 hp/550 Nm

Mercedes-Benz telah mendedahkan secara rasmi trak pikap X-Class varian baharu – X 350 d 4Matic – sebelum membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show 2018 bulan ini. Dengan kehadiran model tersebut, barisan trak pikap X Class Mercedes-Benz kini ditawarkan dalam empat varian iaitu X 200 (2.0L petrol turbo), X 220 d, X 250 d dan X 350 d 4Matic.

Buat masa sekarang, model ini merupakan varian tertinggi dalam barisan trak pikap Merc dan dijana enjin 3.0 liter turbodiesel V6 yang dibina oleh jenama berkenaan sendiri (trak pikap ini sendiri dibina menggunakan platform Nissan Navara NP300), berkuasa 258 hp pada takat 3,400 rpm dan tork maksima 550 Nm bermula 1,400 rpm hingga 3,200 rpm.

Enjin ini diberikan dinding silinder yang disalut Nanoslide sama seperti teknologi Formula 1, dan ia disuap dengan pengecas turbo tunggal tetapi menerima geometri turbin bervariasi. Digandingkan dengan kotak gear automatik tujuh-kelajuan 7G-Tronic Plus (bersama pedal penukar gear yang diberikan secara standard), trak pikap ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 205 km/j.

Sistem 4Matic pada trak pikap ini memastikan kuasa sentiasa dihantar ke keempat-empat tayar dengan agihan tork tetap 40% di hadapan dan 60% di belakang. Sistem ini juga hadir bersama gear low-range dengan nisbah 1:2.9 serta menampilkan kotak gear peralihan (transfer case) dua peringkat. Differential gandar belakang dengan fungsi boleh-kunci (locking) 100% bagi mendapatkan cengkaman lebih kuat juga ditawarkan sebagai opsyen.

Mercedes-Benz X350d 4Matic didedahkan secara rasmi – trak pikap turbodiesel 3.0L V6, 258 hp/550 Nm

Menurut Mercedes-Benz, traction pada permukaan off-road dijamin pada trak pikap ini menerusi differential boleh-laras berterusan menegak yang terletak dalam kotak gear peralihan yang menggunakan klac elektromekanikal pelbagai lapisan. Tiga mod pemanduan off-road diberikan pada trak pikap ini iaitu 4MAT, 4H dan 4L.

Varian X 350 d ini juga menyaksikan sistem Dynamic Select dipadankan pada X-Class buat pertama kali. Seperti juga kereta-kereta penumpang Mercedes-Benz lain, kawalan sistem berkenaan ditempatkan pada konsol COMAND pada bahagian terowong tengah kabin dan menawarkan lima mod pemanduan iaitu Comfort, Eco, Sport, Manual dan Offroad.

Setiap mod tersebut akan melaras semula karekter pada enjin dan transmisi, manakala mod Offroad menawarkan titik penukaran paling tinggi serta lengkok pecutan lebih rata. Fungsi start/stop automatik enjin pula akan berfungsi pada setiap mod kecuali Offroad.

Dua kemasan disediakan pada X 350 d ini iaitu Progresive dan Power. Bagi pakej Progressive, ia hadir dengan rim aloi enam jejari 17-inci, liang udara krom, balutan kulit pada roda stereng dan brek parkir, tempat duduk fabrik hitam Posadas (kulit buatan Artico/gentian mikro Dinamica ditawarkan sebagai opsyen), sistem infotainmen Audio 20 USB serta lapan pembesar suara sebagai ciri standard.

Mercedes-Benz X350d 4Matic didedahkan secara rasmi – trak pikap turbodiesel 3.0L V6, 258 hp/550 Nm

Pakej Power yang lebih mahal pula diberikan skid plate dan bampar belakang krom, rim aloi 18-inci, lampu hadapan LED High Performance, tempat duduk kulit Artico/gentian mikro Dinamica (kulit hitam atau nut brown ditawarkan sebagai opsyen), tempat duduk larasan berkuasa serta sistem infotainmen Audio 20 CD dengan pad sesentuh pelbagai fungsi. Kedua-dua versi ini diberikan sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin dan sistem penghawa dingin dua-zon Thermotronic secara standard.

Pelbagai aksesori tambahan juga ditawarkan untuk trak pikap premium ini termasuk tujuh jenis rim aloi dari 17-inci hingga 19-inci tremolite grey (seperti dalam gambar), Sports Bar baharu, Rollcover (berwarna hitam) atau Softcover, Bar Penggaya, Hardtop, load bed lining bersama rel penyangkut, stowage crate serta pelindung bawah badan.

Untuk pasaran Eropah, model ini turut diberikan pek servis hubungan Mercedes Me, yang membolehkan pelanggan mengakses kenderaan mereka menggunakan telefon pintar. Servis ini turut menyediakan informasi trafik secara langsung, sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz, servis asas Maintenance Menagement dan juga Pemantau Kenderaan. Aplikasi ini juga menampilkan fungsi Lokasi Kenderaan serta sistem Geofencing bersama Vehicle Monitoring.

Mercedes-Benz X 350 d 4Matic akan mula dijual tahun ini dan untuk pasaran Jerman ia akan dijual pada harga bermula dari 53,360 euro (RM256k). Tahun ini juga, X-Class (tidak semestinya X 350 ini) akan menjengah pasaran Afrika Selatan, Australia dan New Zealand. Ia seterusnya akan ke pasaran Amerika Selatan seperti Argentina dan Brazil pada 2019.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required