Grab akan dikaji semula bagi bela nasib pemandu teksi jika Pakatan Harapan menang – Tun Dr Mahathir

Grab akan dikaji semula bagi bela nasib pemandu teksi jika Pakatan Harapan menang – Tun Dr Mahathir

Ketika acara sembang santai dan dialog bersama pemandu pelancong Langkawi, Tun Dr Mahathir berjanji melihat semula operasi aplikasi e-hailing seperti Grab bagi membela nasib pemandu teksi dan kereta sewa, menurut laporan Sinar Harian.

“Masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia,” kata Tun M. “Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak, ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti.”

Bekas Perdana Menteri tersebut akan bertanding di Parlimen Langkawi untuk pilihanraya umum ke-14 yang bakal berlangsung pada 9 Mei ini, namun kali ini di atas tiket pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH).

Dari satu sudut, Grab sememangnya menjadi ancaman kepada pemandu teksi biasa kerana menawarkan kadar tambang yang jauh lebih kompetitif. Namun jika dilihat satu sudut yang lain, perkhidmatan e-hailing berkenaan dilihat sebagai pilihan pengangkutan awam yang lebih murah dan mampu mengelakkan orang ramai dari memandu kereta sendiri pada kawasan bandar yang sibuk.

Perkhidmatan tersebut juga kini dijadikan sebagai platform sebahagian rakyat Malaysia untuk menambah pendapatan, malah ada yang terus menjadikannya sebagai punca pendapatan utama.

Dalam laporan lain, dinyatakan bahawa sekurang-kurangnya 50,000 pemandu Grab akan tejejas sekiranya Grab dan aplikasi seumpamanya itu dihapuskan.

Manakala pada awal bulan ini, kerajaan telah dilaporkan akan meletakkan kesemua pemandu e-hailing di bawah undang-undang yang sama seperti pemandu teksi. Menurut Datuk Seri Najib Razak, kerajaan sedar akan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi.

“Saya sedar bahawa pendapatan pemandu teksi telah terjejas dengan wujudnya perkhidmatan e-hailing dalam negara kita. Perkhidmatan e-hailing ini mempunyai permintaan tetapi kita perlu lakukan sesuatu dengan campurtangan kerajaan bagi melindungi periuk nasi pemandu teksi,” katanya.

Jadi, apa pula pandangan anda berkenaan perkara ini? Kongsikannya pada ruang komen di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • bahaya bin bahaya on Apr 30, 2018 at 10:26 am

    jadi kalau harapan menang. teksi kena ada applikasi sendiri lah lepas ni. supaya adil. dan harga sama macam dengan grab. supaya teksi kembali.;) grab dihapuskan.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • pemandu grab yang paling hensem on Apr 30, 2018 at 10:27 am

    Dia ingat pemandu grab ni ada 1k jer kot. aku tak tau la samada dia betul2 maksudkan atas surat khabar ni nak spin supaya pakatan harapan hilang undi. kau jangan macam2 mahathir, dulu masa kau jadi pm pun aku pernah pun suka kau. aku undi pakatan harapan ni bukan pasal kau pun. pikir2 la sket kalua nak berkempen pun. e hailing driver ada 100k kot seluruh malaysia…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 6
  • Musang on Apr 30, 2018 at 10:48 am

    Ini mmg tak btui…patot lebih terbuka utk menerima sistem ride sharing ini..bukan mengundur…teksi tu sepatutnya di tranformasi…inilah ketidakbukaan sistem…klu mcm ni mau negara akan mengundur balik ke zaman 20thn dahulu….tq tun m gan najib kerana negara masih mcm ni..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • im aremin on Apr 30, 2018 at 11:48 am

    pa hal pulak nak mansuhkan grab.mungkin fikir masa nak tido kot.kalau menang x yah nak mansuhkan pun kalau nk undi lebeh.kita sama2 bangunkan la sistem pengangkutan kt negara ni.alamak aiii pahal pulak nk ttup periok nasi org.x dapat salahkan grab sebab kita tau harga grab berapa sebab ada kt app dah tamvang berapa kalau teksi ni dia cilok sana sini baru 6 km dah mintak rm50 apahal.cuba kaji la teksi dulu baru condamn grab tun.apahal pulak fikir macam tu.kalau nak jadi pemimpin fikiran lagi macam tu susah la nanti.tu belom lagi masalah belia2.habis la semua.tolonglah jangan berfikiran nak menang je.rakyat penting.kita x sokong najib or tun.tapi ini suara rakyat.x perlu mansohkan ape2 yg baik la.cerita suka2 je nk stop grab.fikiran macam ni susah.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 6
  • Norasyraf on Apr 30, 2018 at 12:56 pm

    Dia sj nk sedapkn hati pemandu pelancong langkawi tu. Yg driver tu pun pecaya jugak. Komen mahathir ni pun dh la x masuk akal, driver tu pun x de akal. Kene lh tu..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
  • Mohd haniff bin abdul latiff on May 16, 2018 at 11:56 am

    Itu namanya nk tolong rakyat.
    Sebetulnya sapa2 nak bawa grab di tawarkan permit texi sendiri tak perlu bergantung 100% pada grab.klu grab tak wujud lagi pun setiap org boleh terus mencari rezeki sendiri.
    Tak kan ada sapa2 yg di tindas.itu pun kalau semua permandu2 grab bersetuju dgn cadagan itu sebb kita semua rkayat malaysia susah so kene lah memahami satu dgn yg lain.sekian

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Khoo Chuan Hin on Jun 01, 2018 at 9:36 am

    Good morning Tun congratulation to you, I’m from Penang as a taxi driver thank you very much for your concerns to review the e-hailing issue, I’m sincerely suggest a proposal to you whether YAB Tun could temporarily suspend e-hailing @ Grab from operating until they are legally by the government. Thank you very much.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Jayakumar on Jun 04, 2018 at 11:11 am

    Ehailling telah melanggar perlembagaan undang2 Dan akta JPJ. Mereka beoperasi tanpa permit Dan kelayakan insurans perkhidmatan awam. Dasar operasi ialah kereta sapu yang mana rata2 telah meranapkan industri pengangkutan awam. Perlu ada hanya satu aplikasi Teksi sahaja . martabatkan industri pengangkutan negara.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Jumah bin Jailani on Jun 09, 2018 at 11:44 pm

    Cadangan saya kerajaan wujudkan satu aplikasi khas untuk teksi dengan kadar tambang yang sama dengan grab dan kenakan charge sebanyak RM10.00 sehari tanpa mengira berapa banyak pendapatan yang diperoleh. Dengan cara ini kerajaan dapat mengawal pemandu teksi daripada menaikkan tambang sesuka hati dengan cara ini juga kerajaan dapat menjana pendapatan melalui kutipan dari aplikasi yang kerajaan bangunkan.

    Sebagai contoh:
    Jumlah teksi seluruh negara 67,000 x RM10.00=67,000 sehari x 30 hari = RM20,100,000.00 sebulan.

    Mungkin dengan cara ini kerajaan dapat mengujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • saya dulu naik grab tapi kereta teksi. Pemandu teksi pun dah bijak sekarang. Dia orang pun boleh guna applikasi grab untuk cari penumpang.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ya betul kesihan pemadu teksi .memang patut undang undang sebegini..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required