Presiden Subaru letak jawatan selepas skandal pemalsuan data ujian bahan api dan emisi terdedah

Presiden Subaru letak jawatan selepas skandal pemalsuan data ujian bahan api dan emisi terdedah

Berikutan skandal pemalsuan data ujian bahan api dan pencemaran yang didedahkan sebelum ini, presiden dan CEO Subaru, Yasuyuki Yoshinaga telah pun meletakkan semua jawatannya awal minggu ini, lapor Nikkei Asian Review.

Yoshinaga yang sepatutnya akan dilantik sebagai Pengerusi Subaru pada mesyuarat 22 pemegang kepentingan Jun ini membuat tindakan tersebut selepas mengetahui tambahan 927 unit lagi kenderaan yang terlibat dalam skandal itu, menjadikan jumlah keseluruhan 1,551 buah. Menurut Subaru dalam laporan berkenaan, jawatan presiden dan CEO yang ditinggalkan tersebut akan digalas oleh naib presiden eksekutif sedia ada, Tomomi Nakamura.

Menerusi pendedahan sebelum ini, Subaru telah mengeluarkan satu laporan kepada kerajaan Jepun bahawa data penggunaan bahan api dan ujian emisi untuk 903 buah kereta baharunya telah dipalsukan di kilangnya yang terlatak di Gunma, dan kesalahan berkenaan ‘berkemungkinan besar’ telah diamalkan sejak tahun 2002. Kes ini juga merupakan lanjutan dari pengakuan Subaru tahun lalu yang menyatakan bahawa ada kakitangannya yang tidak bertauliah yang menjalankan pemeriksaan terhadap kereta-kereta baharu.

“Kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyoal pendirian Subaru bagi mendapatkan asas penipuan ini. Ia sangat dikesali,” kata menteri pengangkutan Jepun, Keiichi Ishi dalam laporan agensi berita berkenaan.

Subaru telah memeriksa data terhadap 6,530 kenderaan yang diuji sejak Disember 2012, namun syarikat berkenaan tidak dapat memeriksa lebih lanjut kerana tiada data sebelum November 2012 dan ia tidak dapat dipastikan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required