Proton bukan lagi kereta nasional negara, cadang wujudkan jenama baharu sebagai pengganti – Tun M

Proton bukan lagi kereta nasional negara, cadang wujudkan jenama baharu sebagai pengganti – Tun M

Dalam ucaptama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dipersidangan antarabangsa NIKKEI ke-24 di Tokyo, Jepun yang berlangsung pagi ini, beliau memberi penakanan bahawa Proton kini bukan lagi jenama kereta nasional Malaysia.

Katanya ketika mengulas perkara itu, Proton bukan lagi jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing iaitu Geely. Syarikat China itu ketika ini memiliki kepentingan 49.9% dalam Proton, sementara DRB-Hicom masih mengekalkan pegangan sebanyak 50.1%.

“Saya yang memulakan jenama kereta nasional itu dan berpendapat ia mesti dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri. Pada awal pertubuhan Proton, kami ada menerima pelaburan kecil dari Jepun, misalnya dari Mitsubishi Motor Corporation. Namun kini, selepas Proton telah dijual kepada syarikat China, ia bukan lagi jenama kereta nasional Malaysia,” ujarnya.

Proton bukan lagi kereta nasional negara, cadang wujudkan jenama baharu sebagai pengganti – Tun M

Oleh yang demikian, Tun Mahathir menyuarakan hasratnya agar Malaysia memulakan projek kereta nasional yang baharu. “Kita juga akan bekerjasama dengan negara lain Asia Tenggara seperti Thailand, Jepun atau Korea, kerana mereka mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kereta berkualiti yang boleh dijual di pasaran dunia. Malah kami juga mahu capaian (untuk menjual kenderaan) ke pasaran dunia,” sambungnya lagi.

Pada Mei 2017, Tun Mahathir pernah meluahkan rasa kesalnya selepas Proton membuat keputusan untuk memilih rakan kongsi strategik asing supaya mampu terus bertahan dalam industri ini. Proton telah menandatangani perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co. yang dilantik sebagai rakan strategik asingnya pada bulan yang sama tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Aida Farouk on Jun 11, 2018 at 2:58 pm

    its a good thing .
    maybe tun boleh beri peluang kepada anak anak muda kita tak kira melayu cina atau india untuk berada dalam bidang R&D dan design kereta baru , bukan sekadar tiru honda atau jenama lain n claimed to be proton…..
    anak muda malaysia regarless of the race , punyai daya fikir yang hebat . klu boleh amik balik mereka mereka yang berada diluar negara ni untuk balik menyumnbang kepada negara . Didubai berapa ramai akitek malaysia , di uk, berapa ramai para professional dan di us ada seorang prof sampai tukar kerakyatan menjadi warga negara us kerana kepandaian mereka ditak diambilkira dan dihargai .
    hope negara kita akan menjadi kebangaan bersama sekali lagi .
    we are going to roar once again under ur leadership tun.

    much love ms aida f

    Thumb up 4 Thumb down 8
  • Adlan on Jun 11, 2018 at 4:54 pm

    Hope it is an EV company

    Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required