Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

Ketika SUV segmen-B Hyundai Kona didedahkan tahun lalu, pengeluar dari Korea berkenaan ada mengumumkan bahawa model tersebut akan dihasilkan untuk versi istimewa Iron Man Edition – diinspirasikan dari watak adiwira Marvel. Kini SUV itu telahpun diumumkan secara rasmi dan ia akan melakukan penampilan sulung di San Diego Comic-Con 2018.

Menurut Hyundai, Kona Iron Man ini menampilkan rekaan luaran dan dalaman dengan elemen yang sangat hampir kepada suit besi adiwira berkenaan. Pada bahagian luaran, lampu nyalaan siang custom diberikan yang menyerupai bentuk mata topeng muka Iron Man, manakala motif keseluruhan topeng berkenaan diadaptasikan pada bumbung.

Ciri istimewa lain yang turut dipadankan termasuk kemasan berbentuk-V pada bonet, lencana-lencana sepatutnya pada kedua-dua fender hadapan, pelekat-pelekat Stark Industries, latar belakang ukiran Iron Man pada lampu hadapan, rim 18-inci custom dengan penutup tengah Iron Man, serta ukiran Iron Man pada tiang-D. Badan kereta ini menerima warna kombinasi ekslusif merah dan kelabu matte Iron Man, bersama gril hadapan kemasan krom gelap.

Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

Untuk kabin pula, Kona Iron Man diberikan papan pemuka dengan tandatangan Tony Stark, bersama perincian lain seperti tombol gear custom, tempat duduk dengan rekaan tersendiri serta grafik visual Iron Man pada panel instrumen serta paparan Head-up.

“Pertama kali kami nampak Kona, kami tahu ia unik, rekaan lasak mencerminkan suit Iron Man yang kuat dan ikonik. Terdapat juga sinergi yang baik antara sifat seronok dan penuh pengembaraan pada Kona dan karekter lincah tetapi garang pada Iron Man/Tony Stark. Hasilnya adalah edisi khas yang luar biasa yang kami pasti akan didambakan peminat Marvel dan penggemar SUV,” kata Dean Evans, ketua pegawai pemasaran, Hyundai Motor America.

Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

“Melihat kereta ini menjadi kenyataan adalah seperti impian yang tercapai bagi kebanyakkan kami. Apabila anda membesar dengan membaca komik, impian anda adalah untuk melihat teknologi dan ciptaan-ciptaan tersebut menjadi realiti. Kami berharap agar semua orang seronok untuk menaiki kereta hanya satu sepertinya ini seperti memakai suit tempur Iron Man sebenar!” tambah Mindy Hamilton, naib presiden senior Marvel untuk Kerjasama Global dan Pemasaran.

Hyundai Kona Iron Man Edition ini bukan sekadar kereta konsep atau ‘show car‘. Hyundai akan menghasilkannya dalam bentuk produksi tetapi dengan jumlah yang terhad, dan setiap satunya akan dibina hanya mengikut tempahan yang diterima.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required