Isuzu D-Max X-Series keluaran terhad 210 unit dilancar – harga RM118k untuk 2.5L dan RM124k untuk 3.0L

Isuzu D-Max X-Series keluaran terhad 210 unit dilancar – harga RM118k untuk 2.5L dan RM124k untuk 3.0L

Isuzu Malaysia Sdn Bhd telah menambah variasi model trak pikap D-Max dengan pelancaran sebuah model keluaran terhad dipanggil D-Max X-Series. Model yang mempunyai penampilan lebih sporty serta tambahan beberapa kelengkapan ini boleh didapati dalam pilihan enjin 2.5L 4×4 pada harga RM118,000 dan 3.0L 4×4 pada RM124,000. Untuk kedua-dua varian ini, pelanggan juga boleh memilih warna sama ada Silky Pearl White atau Stallion Black Metallic.

Melihat kepada bahagian luar D-Max X-Series ini, ia dijadikan istimewa dengan pelekat berjalur di atas hud dan penutup bahagian belakang, gril kelabu dengan logo D-Max warna merah, skirting hadapan yang lebih tegap dan berwarna kontras, skirting belakang, palang sports di belakang serta logo dan lencana X-Series warna merah.

Masuk ke dalam D-Max X-Series ini, keadaannya juga berbeza kerana ia dilengkapi dengan lampu suasana warna merah, dan tempat duduknya dibalut dengan kulit yang menggunakan gabungan warna hitam dan merah. Kebanyakan bahagian lain termasuk panel pintu dan lapik bumbung adalah berwarna gelap.

Turut dipertingkat pada model edisi terhad ini adalah kelengkapannya, dengan yang paling utama adalah sistem kamera 360 darjah Around View Monitor (AVM). Empat kamera digunakan untuk sistem ini dan ia kemudiannya terpapar di skrin pada tengah papan pemuka.

Turut diberi adalah unit tag elektronik seperti Smart Tag bersepadu (perlu dimasukkan dengan kad Touch n Go) yang berada dalam konsol perehat tangan depan, lampu di bawah pintu (menyala apabila kunci kenderaan dibuka) serta rocker plate berlampu LED.

Ciri mekanikal D-Max X-Series masih sama seperti D-Max yang lain iaitu versi 2.5L 4×4 menggunakan enjin 2,499 cc turbodiesel VGS 136 PS/320 Nm manakala versi 3.0L 4×4 pula menggunakan unit enjin 2,999 cc turbodiesel VGS 177 PS/380 Nm. Untuk kedua-dua enjin ini juga, ia hanya ditawarkan dengan transmisi automatik lima kelajuan Sequential Shift dan pacuan empat roda (untuk model X-Series ini).

Isuzu D-Max X-Series ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 210 unit, iaitu 90 untuk versi 2.5L dan 120 untuk versi 3.0L. Ia dijangka akan mula berada di semua pusat pameran Isuzu bermula awal bulan Ogos dan datang dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan.



Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required