GIIAS 2018: Suzuki Ertiga gen-kedua diperincikan

GIIAS 2018: Suzuki Ertiga gen-kedua diperincikan

Suzuki Ertiga telah pun dilancarkan di Indonesia pada April lalu. Ertiga generasi kedua ini – sebaris dengan pesaing dalam segmen MPV Rendah seperti Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Mitsubishi Xpander dan Honda Mobilio – telah direka semula termasuk dengan penambahan casis baharu dan dijanakan oleh enjin baharu yang lebih berkuasa.

Ia menggunakan platform baharu Heartect yang diperkenalkan pada Swift terkini, badan Ertiga baharu ini juga dikatakan lebih ringan dan lebih tegar berbanding sebelum ini, bagi menambahkan prestasi dan pengendaliannya. Palang hadapan MacPherson dan di belakang menggunakan torsion juga dikekalkan bagi MPV bajet tujuh-tempat duduk ini.

Enjin K15B 1.5 liter VVT naturally-aspirated petrol yang mematuhi Euro 4 merupakan versi yang dibesarkan dari unit sedia ada 1.4 liter, mampu menjana kuasa sehingga 108 PS pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,400 rpm – meningkat sebanyak 16 PS dan 8 Nm. Penggunaan bahan apinya dianggarkan sekitar 18 km/l bagi kotak gear manual lima-kelajuan dan 16.7 km/l untuk automatik empat-kelajuan.

GIIAS 2018: Suzuki Ertiga gen-kedua diperincikan

Ia memiliki dimensi 4,395 mm panjang, 1,735 mm lebar dan 1,690 mm tinggi, model baharu ini 130 mm lebih panjang, 40 mm lebih lebar dan 5 mm lebih tinggi berbanding model sebelumnya, tetapo 2,740 mm bagi jarak rodanya tidak berubah. Ruang butnya pula mencecah 153 liter (meningkat 18 liter) apabila semua tempat duduk dalam posisi menegak, dan mampu menjadi 550 liter (meningkat 50 liter) bila tempat duduk barisan ketiga dibaringkan dan 803 liter (meningkat 68 liter) jika semua tempat duduk dibaringkan.

Ertiga baharu ini turut menawarkan rekaan yang lebih mantap, ditampilkan dengan lampu utama projektor trapezoidal dan gril baharu enam-poin. Bampar hadapannya juga lebih kompleks dan sporty dengan bingkai tiga corong udaranya berbentuk-C.

Seperti Swift, tiang-D turut memberikan kesan “bumbung terapung”, dengan diserlahkan oleh lampu belakang berbentuk-L sedikit mirip dengan Volvo. Aloi pelbagai-jejari 15-inci baharu turut melengkapi gayanya, dan model tertinggi GX turut menerima lampu kabus depan, cermin sisi larasan berkuasa dengan indikator dan lampu belakang kombinasi LED.

GIIAS 2018: Suzuki Ertiga gen-kedua diperincikan

Di dalamnya, Ertiga baharu ditampilkan dengan papan pemuka unik tersendiri dengan garisan melintang dan sistem infotainmen terapung. Roda stereng tiga-jejari leper di bawah juga sama seperti Swift, dan tempat duduk hadapannya menampilkan rekaan dua tona kuning cair dan coklat.

Selain itu, ia turut menampilkan punca kuasa 12-volt di hadapan dan belakang, USB dan auxiliary, barisan kedua tempat duduk 60:40 dan 50:50 bagi barisan ketiga, stereng boleh laras, rekaan kluster instrumen baharu dengan paparan pelbagai-info, empat pembesar suaran dan pengesan parkir belakang.

Bagi model GX yang ditampilkan menerusi foto ini, ia turut didatangkan dengan kemasan kayuan, gabungan kulit dan kayuan pada roda stereng pelbagai-fungsi, kemasukan tanpa kunci, butang push-start, larasan untuk meninggikan tempat duduk, pemegang cawan, dan ujit utama skrin sesentuh 6.8-inci dengan Bluetooth. Ia juga ditawarkan dengan dua beg udara,, dan model GX ESP menerima kawalan kestabilan, selain ABS yang menjadi standard untuk semua varian.

Di Malaysia, Suzuki Ertiga telah ditukar menjadi Proton Ertiga, namun selepas Proton menjalin kerjasama dengan rakan kongsi baharu Geely, jadi ia hanya bakal tinggal sejarah. Suzuki turut memperkenalkan Ertiga Suzuki Sport di GIIAS, lihat foto di bawah ini.

GALERI: Suzuki Ertiga

GALERI: Suzuki Ertiga Sport

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required