Hyundai sasar bina kereta seksi seperti Alfa Romeo

Hyundai sasar bina kereta seksi seperti Alfa Romeo

Selain dari teknologi dan talaan suspensi, kereta-kereta Korea buat masa sekarang nyata dihasilkan dengan rupa lebih tersendiri dan kadang kala mempunyai daya tarikan menghampiri kepada kereta Eropah. Namun usaha berkenaan belum lagi sampai ke kemuncaknya kerana naib presiden rekaan Hyundai, SangYup Lee menyatakan mereka akan menghasilkan kereta yang lebih seksi, menyamai apa yang dihasilkan oleh Alfa Romeo, lapor Automotive News.

“Kereta merupakan produk yang beremosi, kami mahu maksimakan nilai emosi kepadanya. Alfa Romeo dan Maserati, kedua-duanya merupakan kereta yang seksi, sehinggakan kereta-kereta Jerman juga mendapat banyak pengaruh dari kereta [Itali]. Emosi, kecantikan sebenar tersebut, anda tidak akan temui pada jenama biasa. Bagi Hyundai untuk menjadi lebih seksi dari Alfa Romeo, ini merupakan misi yang kami mahu capai,” kata Lee ketika ditemuramah portal berita automotif tersebut.

Menurut laporan berkenaan lagi, Hyundai kini sedang berusaha untuk memberikan personaliti berbeza untuk setiap modelnya, berbanding “rupa keluarga” yang banyak diterapkan oleh kebanyakkan oleh pengeluar automotif buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, rekaan gril cascading akan kekal pada setiap model-model Hyundai akan datang, kata Lee.

Hyundai telah menunjukkan halatuju rekaan mereka untuk masa hadapan menerusi kereta konsep Le Fil Rouge yang didedahkan di Geneva Motor Show Mac lalu. Kereta berkenaan menampilkan tema Sensuous Sportiness’ yang merangkumi empat elemen berkaitan dengan rekaan kenderaan – pengkadaran, binaan, penggayaan dan teknologi.

Manakala Lee sendiri sebenarnya bukan ‘bintang’ baharu dalam dunia rekaan automotif. Sebelum menyertai Hyundai pada 2016, beliau sudah pun memahatkan namanya pada rekaan-rekaan hebat seperti konsep Chevrolet Camaro generasi kelima, konsep Corvette Stingray C6 dan konsep Bentley EXP 10 Speed.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required