Perlumbaan kedua Vios Challenge di Terengganu terus dipenuhi aksi-aksi dramatik dan semangat tinggi

Perlumbaan kedua <em>Vios Challenge</em> di Terengganu terus dipenuhi aksi-aksi dramatik dan semangat tinggi

Dengan perlumbaan pertama Vios Challenge di Kuala Terengganu berlangsung dengan banyak insiden menarik dan tegang untuk setiap kelas yang dipertandingkan, jangkaan awal bahawa kemungkinan suasana yang lebih tenang dan “longgar” bagi perlumbaan kedua yang berlangsung pada Sabtu pula ternyata meleset.

Ia berlangsung dengan lebih banyak insiden menarik dan mendebarkan. Bermula dengan kelas Super Sporting, “drama” tercetus sebaik sahaja perlumbaan dilepaskan dari grid permulaan. Kenderaan yang dipandu oleh Keifli Othman dan Kenny Lee berlaga ketika masing-masing cuba untuk mendapatkan kedudukan permulaan terbaik, menyaksikan kereta Kenny terhimpit sebelum melanggar tembok dan kedua-dua pelumba tidak dapat meneruskan aksi di litar.

Seorang lagi yang terpaksa keluar ialah Eddie Liew. Kejadian ini menyebabkan tiga pusingan pertama perlumbaan berkenaan terpaksa dikendalikan oleh kereta keselamatan, bagi memberi ruang jentera Vios yang rosak dialihkan dan serpihan perlanggaran dibersihkan dari permukaan litar.

Perlumbaan kedua <em>Vios Challenge</em> di Terengganu terus dipenuhi aksi-aksi dramatik dan semangat tinggi

Syafiq Ali yang bermula dari petak pertama kemudiannya berjaya mendahului perlumbaan sehingga tamat. Bagaimanapun, baliau di asak dengan sengit oleh Mark Darwin. William Ho, pemenang perlumbaan pertama sehari sebelum itu yang bermula dari petak keenam agak bernasib baik; dapat mengelak dari perlanggaran awal itu dan memberi saingan untuk meletakkan dirinya di tempat kedua selepas tamat perlumbaan.

Lain pula ceritanya dengan perlumbaan bagi kelas Sporting. Semua perlumba yang bermula dengan penuh semangat dipaksa untuk memberhentikan perlumbaan di belakang kereta keselamatan yang keluar sekali lagi, kali ini disebabkan oleh keadaan hujan lebat. Patrick Tam yang bermula dari petak pertama mengekalkan kedudukan sehingga akhir, diikuti oleh Dannies Ng Khai dan Vincent Ng.

Suasana hujan lebat juga menyebabtkan perlumbaan bagi kelas Promotional terpaksa ditanggung sekejap. Selepas hujan reda, petugas litar terpaksa pula bertungkus lumus untuk mengalirkan lopak air yang bertakung di beberapa tempat dalam litar. Sebaik sahaja pelumba-pelumba selebriti ini dilepaskan, suasana dalam litar terus “hangat” dengan aksi-aksi yang menarik, yang ramai tidak jangkakan pada awalnya.

Wani Hasrita tidak menggunakan kelebihan di depan selepas keretanya gagal bermula dengan baik dan terkandas seketika di petak mula. Ini memberikan ruang kepada Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Akio Takeyama untuk meluru ke depan dan mendahului.

Bagaimanapun, Akim yang rapat dibelakang beliau tidak menunggu lama untuk memintas, dan mengekalkan kedudukan pertama hingga tamat perlumbaan. Pecahan kelompok di belakang juga tidak ketinggalan memberikan tekanan.

Antara detik-detik menarik adalah ketika bagaimana Takeyama kemudiannya terlibat dalam satu perlanggaran dan terpaksa keluar dari perlumbaan. Ini membuka ruang kepada dua lagi pelumba selebriti, Nabil Ahmad dan Aiman Tino untuk mencuri tumpuan dengan kemahiran pemanduan mereka.

Aiman bagaimanapun sempat memberikan aksi menarik ketika berjaya memintas Nabil akhirnya, selepas memberikan tekanan berterusan untuk kemudiannya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Nabil pula kekal di kedudukan ketika sehingga tamat.

Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) ini akan bertandang ke MAEPS Serdang pula selepas ini, pada 19-21 Oktober nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required