Proton Edar jangka harga keretanya naik antara RM1,500-RM3,000 selepas SST diperkenalkan Sept ini

Proton Edar jangka harga keretanya naik antara RM1,500-RM3,000 selepas SST diperkenalkan Sept ini

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan semula September ini menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat Malaysia ekoran desas-desus harga barangan dan perkhidmatan yang akan meningkat semula selepas ‘percutian’ cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak Mei lalu. Ini termasuklah pemain industri automotif yang rata-ratanya berpendapat SST akan mendorong kenaikan harga bagi kenderaan ini, walau pun masih berteka-teki dengan kadar kenaikan yang bakal berlaku itu.

Namun bagi Proton Edar Sdn Bhd yang turut menjangka harga kenderaan jenama tempatan akan meningkat selepas SST diperkenalkan iaitu sekitar RM1,500 hingga RM3,000, laporan Bernama.

Menurut CEO Proton Edar, Abdul Rashid Musa, justeru pihaknya menasihatkan orang ramai agar membeli kereta itu sekarang, iaitu ketika dalam tempoh peralihan daripada kadar sifar GST kepada SST untuk menikmati penjimatan.

Proton Edar jangka harga keretanya naik antara RM1,500-RM3,000 selepas SST diperkenalkan Sept ini

“Kita menjangka harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini. Pengiraan peningkatan harga ini (RM1,500-RM3,000) dibuat berdasarkan tindakan kerajaan terdahulu memperkenalkan GST bagi menggantikan SST di mana terdapat pengurangan dalam harga kereta Proton sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pada waktu itu,” katanya.

Beliau turut mengesahkan, Proton masih mempunyai semua stok bagi model sedia ada dan bersedia memenuhi permintaan dan tempahan daripada para pelanggan. Walau bagaimana pun, beliau menasihati agar orang ramai supaya jangan terlalu memilih warna kereta dan varian sekiranya mahu kenderaan diserahkan kepada mereka dengan kadar segera.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required